awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Kerajaan teliti kebolehlaksanaan Peguam Negara, Pendakwa Raya bertanggungjawab kepada Parlimen
Transformasi MAHB membuahkan hasil, kukuh kedudukan KLIA
Windows 11 mula tamatkan sokongan 'driver' pencetak lama bermula 2026
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

SPR wajar pertimbang buang undi PRN Sarawak dua hari - Masing

Astro Awani
Astro Awani
03/09/2021
06:12 MYT
SPR wajar pertimbang buang undi PRN Sarawak dua hari - Masing
Kita tidak ada banyak pilihan kalau kita mahu meneruskan sistem pemerintahan demokrasi dan kita harus belajar hidup dengan COVID-19. FOTO: GAMBAR FAIL
KUALA LUMPUR: Suruhanjaya Piihan Raya (SPR) wajar mempertimbangkan cadangan mengadakan Pililhan Raya Negeri (PRN) Sarawak ke-12 secara berperingkat.
Sambil melontarkan pandangan PRN itu dijalankan sekurang-kurangnya dua hari, Timbalan Ketua Menteri Sarawak, Tan Sri James Jemut Masing berkata, pusat mengundi juga boleh ditambah bagi memudahkan proses pengundian sekali gus mengurangkan kesesakan.
‘’Langkah ini akan membolehkan kita dapat menghindari kesesakan semasa hari mengundi seterusnya mengelakkan penularan COVID-19.
‘’Persoalannya, adakah SPR mempunyai kemahuan untuk mencuba sistem mengundi ini ketika penularan COVID-19,’’ katanya menerusi satu kenyataan.
BACA: COVID-19: Darurat di Sarawak hingga 2 Februari 2022
Jelas Masing, ini merupakan sistem baharu dan ia juga antara penyelesaian bagi mengelak masalah akibat COVID-19.
Presiden Parti Rakyat Sarawak (PRS) itu menambah inisiatif sebegini wajar dipertimbangkan atas dasar meneruskan sistem pemerintah demokrasi.
Malah, SPR juga mesti mengambil pendekatan dengan melihat kepada kejayaan kelangsungan pilihan raya di beberapa negara tanpa menyebabkan penularan COVID-19 yang serius.
‘’Kita tidak ada banyak pilihan kalau kita mahu meneruskan sistem pemerintahan demokrasi dan kita harus belajar hidup dengan COVID-19.
"SPR wajar mengambil contoh bahawa negara lain turut mengadakan pilihan raya umum ketika wabak COVID-19 tanpa kesan buruk. Oleh itu, kita harus bijak melaksanakan tugas kita,’’ tambahnya.
BACA: PRN Sarawak diadakan 60 hari selepas darurat dibatalkan - SPR
Terdahulu, pelaksanaan Proklamasi Darurat di Sarawak dilanjutkan sehingga 2 Februari tahun hadapan.
Ia selepas satu proklamasi baharu telah dipersetujui Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah Ibni Almarhum Sultan Haji Ahmad Shah Al-Musta’in Billah, pada 29 Ogos 2021 dan diterbitkan dalam warta kerajaan pada 30 Julai 2021.
Dalam satu warta Kerajaan Persekutuan, Seri Paduka berpuas hati darurat besar iaitu wabak COVID-19 yang sedang berlaku telah menyebabkan keselamatan, kehidupan ekonomi dan ketenteraman awam terancam.
Menurut Fasal (3) Perkara 21 Perlembagaan Negeri Sarawak, Dewan Undangan Negeri (DUN) itu sepatutnya terbubar pada 7 Jun lepas, namun fasal berkenaan tidak mempunyai kuasa menurut perenggan 15(1)(a) Ordinan Darurat (Kuasa-Kuasa Perlu) 2021 yang menggantung pembubaran DUN itu.
Topic Berkaitan
#PRN Sarawak
#COVID-19 di Sarawak
#Proklamasi Darurat Sarawak
#lanjutan darurat Sarawak
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan