awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
KPWKM siasat dakwaan salah urus dana, keselamatan pelatih PPDK Taman Wahyu
Tiada makluman awal berhubung aktiviti berkayak - APMM
PM ucap selamat menyambut Hari Easter kepada penganut Kristian
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

SPRM bebaskan dengan jaminan Ketua Pengarah dan Pengarah disyaki seleweng dana RM900,000

Astro Awani
Astro Awani
16/02/2026
09:35 MYT
SPRM bebaskan dengan jaminan Ketua Pengarah dan Pengarah disyaki seleweng dana RM900,000
Difahamkan, kedua-dua suspek lelaki berusia lingkungan 50-an itu dipercayai menggunakan peruntukan kewangan di tempat kerja bagi tujuan kepentingan peribadi. - Gambar hiasan
Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) membebaskan seorang Ketua Pengarah dan seorang Pengarah di sebuah jabatan agensi kerajaan selepas kedua-duanya direman selama lima hari, dengan jaminan pada Jumaat dan Sabtu lalu.
Menurut sumber SPRM, kes berkenaan melibatkan siasatan penyelewengan dana kira-kira RM900,000, apabila kedua-dua suspek yang ditahan pada 11 Februari lalu disyaki menyalahgunakan kuasa dan kedudukan masing-masing.
Difahamkan, kedua-dua suspek lelaki berusia lingkungan 50-an itu dipercayai menggunakan peruntukan kewangan di tempat kerja bagi tujuan kepentingan peribadi.
Bagaimanapun, menurut sumber, mereka dilepaskan lebih awal daripada tempoh reman yang ditetapkan selepas proses rakaman percakapan selesai dijalankan.
“Kini SPRM sedang melengkapkan kertas siasatan sebelum dikemukakan kepada Timbalan Pendakwa Raya untuk tindakan selanjutnya,” katanya.
Tambah sumber itu, selain penyelewengan melibatkan jumlah berkenaan, kedua-dua suspek juga dipercayai mengemukakan tuntutan palsu serta dokumen mengandungi butiran material palsu bernilai kira-kira RM60,000.
Perbelanjaan tersebut didakwa digunakan bagi menunaikan ibadah umrah ketika menghadiri urusan rasmi di Jeddah dari 29 Januari hingga 4 Februari tahun lalu.
Sementara itu, Timbalan Ketua Pesuruhjaya (Operasi) SPRM, Datuk Seri Ahmad Khusairi Yahaya, ketika dihubungi mengesahkan kes berkenaan dan memaklumkan seramai 18 saksi telah dirakam percakapan bagi membantu siasatan.
Tambah beliau, pihak SPRM turut menyita beberapa barangan berharga termasuk pakaian, gajet, barangan elektronik dan peralatan sukan dengan nilai keseluruhan dianggarkan sekitar RM57,000.
Topic Berkaitan
#SPRM
#seleweng
#tunai umrah
#Ketua Pengarah
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan