awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Penganggur didakwa bunuh teman wanita
Penangguhan hukuman satu petanda positif, peluang Malaysia kini 50-50 - AFC
Tibi: 10 kluster baharu di tujuh negeri, Johor catat kes tertinggi
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

SPRM hanya tanya mengenai Porsche - Mursyidul Am Pas

Astro Awani
Astro Awani
01/03/2019
12:13 MYT
SPRM hanya tanya mengenai Porsche - Mursyidul Am Pas
Hashim (gambar) hadir ke ibu pejabat SPRM Kangar pada jam 9.45 pagi manakala Mohd Nasir Daud Bia ke ibu pejabat SPRM Kelantan jam 9.40 pagi tadi. - Gambar fail
Mursyidul Am Pas, Datuk Hashim Jasin dan Setiausaha Jabatan Pilihan Raya Pas Pusat, Mohd Nasir Daud hadir ke ibu pejabat Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) di Kota Bharu, Kelantan dan Kangar, Perlis pagi tadi.
Kedua-dua pemimpin Pas itu dipanggil bagi memberi keterangan berhubung dakwaan dana RM90 juta yang diterima Pas daripada UMNO.
Hashim hadir ke ibu pejabat SPRM Kangar pada jam 9.45 pagi manakala Mohd Nasir Daud ke ibu pejabat SPRM Kelantan jam 9.40 pagi tadi.
Menurut Hashim yang dihubungi Astro AWANI selepas meninggalkan bangunan SPRM menggunakan laluan belakang, keterangan yang diambil tidak menyentuh dana RM90 juta sebaliknya hanya mengenai status pemilikan kereta mewah Porsche Cayman.
“Sebab orang (SPRM) panggil, (pasal) kereta Porsche. Itu sahaja padahal tidak ada apa pun. Bukan ada apa salah, saya bagi AP (Permit Import) saya, bagi anak saya dah saya tidak pakai dan dia pakai AP itu beli Porsche. Dimana harga RM150. Bayar cukai pakailah. Saya tidak pernah pakai pun. Ada ke orang Perlis tengok saya pakai kereta tu?,” katanya.
Sementara itu Mohd Nasir yang memberi keterangan lebih satu jam kepada SPRM menjelaskan tiada apa-apa dokumen yang diminta daripadanya.
“Ditanya, saya disoal, tahu tak tahu memang saya tak tahu tidak ada dokumen. Soalan biasa tahu atau tak tahu berkenaan RM90 juta, tak ada, tak,” katanya.
Semalam, Setiausaha Agung Pas, Datuk Takiyuddin Hassan memberi keterangan lebih empat jam di ibu pejabat SPRM di Putrajaya berkaitan siasatan kes sama.
Topic Berkaitan
#Astro Awani
#Hashim Jasin
#Malaysia
#Mohd Nasir Daud
#Mursyidul Am Pas
#PAS
#pilihan raya
#Porsche
#RM90 juta
#siasatan
#SPRM
#Takiyuddin Hassan
#UMNO
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan