awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Trump beri ultimatum 48 jam kepada Iran berkaitan Selat Hormuz
SPRM tahan mantan pengerusi disyaki seleweng dana kuil RM50,000
Konflik Asia Barat: Operasi haji 1447H berjalan seperti dijadual, Mekah aman - Zulkifli
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

SPRM kesan empat anak Daim Zainuddin bantu siasatan kes

Astro AWANI
Astro AWANI
27/02/2026
07:43 MYT
SPRM kesan empat anak Daim Zainuddin bantu siasatan kes
SPRM sedang mengesan empat anak kepada bekas Menteri Kewangan, Allahyarham Tun Daim Zainuddin bagi membantu siasatan kes. - Foto SPRM
Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) sedang mengesan empat anak kepada bekas Menteri Kewangan, Allahyarham Tun Daim Zainuddin bagi membantu siasatan berhubung dakwaan rasuah dan pengubahan wang haram.
Empat individu berkenaan ialah Asnida, Md Wira Dani, Muhammed Amir Zainuddin dan Muhammed Amin Zainuddin.
Menurut kenyataan SPRM, alamat terakhir Asnida direkodkan di Country Heights, Kajang, manakala Md Wira Dani beralamat di Taman Melawati, Ulu Klang, Kuala Lumpur.
Sementara itu, Muhammed Amir Zainuddin dan Muhammed Amin Zainuddin masing-masing dilaporkan mempunyai alamat terakhir di Bukit Tunku, Kuala Lumpur.
Sehubungan itu, SPRM meminta orang ramai yang mempunyai maklumat mengenai kesemua individu terbabit supaya tampil membantu siasatan dengan menghubungi Pegawai Penyiasat Mohamad Daeem Mohd Ali di talian 017-9127217 atau melalui emel [email protected].
Pada Januari 2024, Daim memfailkan permohonan di Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur bagi mendapatkan kebenaran semakan kehakiman untuk menghentikan siasatan SPRM terhadap beliau, isterinya serta empat anaknya, termasuk syarikat Ilham Tower Sdn Bhd.
Selain Daim, isterinya Toh Puan Na’imah Abdul Khalid dan keempat-empat anak mereka turut memfailkan permohonan sama sebagai pemohon pertama hingga ketujuh menerusi firma guaman Tetuan Tommy Thomas.
Pada Julai tahun lalu, SPRM telah menyita dan melucut hak aset yang dikaitkan dengan Daim, isterinya, ahli keluarga serta sekutu mereka dengan nilai melebihi RM3 bilion.
SPRM turut mengesan pemilikan aset luar biasa di 11 negara termasuk United Kingdom, Amerika Syarikat, Switzerland, Singapura, British Virgin Islands, Kepulauan Cayman, Jersey, Itali, Jepun, Indonesia serta beberapa negara di benua Afrika.
Topic Berkaitan
#SPRM
#Tun Daim Zainuddin
#Asnida
#Md Wira Dani
#Muhammed Amir Zainuddin dan Muhammed Amin Zainuddin
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan