awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Penganjuran Terbuka Malaysia lebih mencabar
Pahang rekod kehadiran 15.2 juta pelancong pada 2025
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

SPRM Melaka tahan bekas pengarah agensi kerajaan disyaki terima rasuah

Bernama
Bernama
17/02/2022
20:47 MYT
SPRM Melaka tahan bekas pengarah agensi kerajaan disyaki terima rasuah
Suspek didakwa menerima rasuah ketika berkhidmat sebagai pengarah di sebuah agensi awam di Melaka antara 2017 dan 2019.
MELAKA: Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Melaka semalam menahan seorang bekas pengarah sebuah agensi kerajaan selepas disyaki menerima rasuah, apabila meluluskan tender penyelenggaraan dan pembekalan bernilai RM31,629.
Menurut sumber, suspek berusia 55 tahun itu ditahan pada pukul 4.55 petang Khamis ketika hadir ke Pejabat SPRM Melaka.
Suspek didakwa menerima rasuah ketika berkhidmat sebagai pengarah di sebuah agensi awam di sini antara 2017 dan 2019, dan difahamkan suspek menerima sebahagian daripada nilai itu atas tujuan peribadi.
Sementara itu Pengarah SPRM Melaka Mohd Shahril Che Saad ketika dihubungi mengesahkan penahanan berkenaan, dan kes disiasat di bawah Seksyen 16 (a) (B) Akta SPRM 2009.
Katanya suspek akan dihadapkan ke Mahkamah Sesyen Ayer Keroh di sini, hari ini untuk pertuduhan.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#Rasuah
#SPRM Melaka
#bekas pengarah agensi kerajaan
#tender penyelenggaraan dan pembekalan
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan