awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Penganggur didakwa bunuh teman wanita
Penangguhan hukuman satu petanda positif, peluang Malaysia kini 50-50 - AFC
Tibi: 10 kluster baharu di tujuh negeri, Johor catat kes tertinggi
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

SPRM nafi Justin Lim tidak diberi notis panggilan

Sinar Harian
Sinar Harian
24/07/2023
05:50 MYT
SPRM nafi Justin Lim tidak diberi notis panggilan
SPRM berkata, dakwaan Justin bahawa suruhanjaya itu tidak mengeluarkan sebarang notis kepadanya bagi membantu siasatan kes adalah tidak benar. - Gambar hiasan
SHAH ALAM : Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) menafikan dakwaan Ketua Pegawai Eksekutif Sersol Bhd, Datuk Justin Lim Hwa Tat bahawa dia tidak diberi sebarang notis panggilan untuk membantu siasatan.
SPRM dalam satu kenyataannya berkata, dakwaan Justin baru-baru ini bahawa suruhanjaya itu tidak mengeluarkan sebarang notis kepadanya bagi membantu siasatan kes adalah tidak benar sama sekali.
Katanya, bukan sahaja telah diberikan notis panggilan membantu siasatan, malah pihak SPRM turut berusaha mengesannya berhubung hal berkaitan.
"SPRM telah pergi ke dua buah kediamannya di Kuala Lumpur pada 26 Jun lalu untuk menyerahkan notis berkenaan, namun didapati sebuah premis tersebut telah dijual manakala satu lagi tidak dihuni olehnya.
"Pada tarikh sama, pihak SPRM juga telah pergi ke pejabatnya di ibu negara dan Johor, namun Justin tiada di lokasi tersebut," katanya pada Isnin.
Tambahnya lagi, hasil semakan SPRM dengan Jabatan Imigresen Malaysia (JIM) mendapati Hwa Tat telah meninggalkan negara pada Februari lalu dan tiada rekod masuk kembali ke Malaysia.
Sehubungan itu menurutnya, SPRM telah mengeluarkan kenyataan media pada 12 Julai lalu yang lengkap dengan nombor telefon serta e-mel pegawai penyiasat bagi mengesan Justin.
Tegasnya, kenyataan media SPRM itu merupakan satu bentuk notis yang rasmi dan sah.
"SPRM bersedia untuk menerima sebarang tindakan undang-undang daripada Justin dalam hal berkenaan.
"Namun begitu, SPRM tetap menegaskan bahawa Ketua Pegawai Eksekutif Sersol Bhd itu perlu terlebih dahulu tampil memberi kerjasama dengan pihak suruhanjaya berkaitan siasatan kes yang dijalankan," ujarnya. - Sinar Harian
Topic Berkaitan
#SPRM
#Justin Lim
#bantu siasatan
#kesan saksi
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan