awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
[TERKINI] Tan Sri Isa Samad ke penjara serta-merta, mahkamah batalkan pembebasan
Orang awam dilarang guna siren atau lampu kecemasan, boleh dikenakan tindakan - Bukit Aman
“Inspiring Billionaire” : Gambaran mustahil Ananda Krishnan kini jadi ikonik
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

SPRM panggil 11 kakitangan awam berhubung tuntutan palsu penginapan hotel

Bernama
Bernama
28/03/2017
23:21 MYT
SPRM panggil 11 kakitangan awam berhubung tuntutan palsu penginapan hotel
SPRM: Tuntutan palsu berkenaan dipercayai telah menjadi amalan dalam beberapa jabatan kerajaan di negeri ini sejak 2014. - Gambar hiasan
Sebelas anggota serta pegawai polis dan kastam di negeri ini, dipanggil untuk memberi keterangan kepada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) berhubung kes tuntutan palsu penginapan hotel.
Menurut sumber SPRM, mereka dipercayai sering mengemukakan butiran penginapan palsu untuk sewa bilik hotel ketika diarahkan menjalankan tugas rasmi di Lembah Klang sedangkan mereka tidak pernah menginap di hotel berkenaan.
"Penjawat awam berkenaan telah mengemukakan resit sewa bilik yang dipercayai mengandungi butiran palsu bagi mengelirukan jabatan masing-masing.
"Tuntutan palsu berkenaan dipercayai telah menjadi amalan dalam beberapa jabatan kerajaan di negeri ini sejak 2014," katanya pada Selasa.
Sementara itu, Pengarah SPRM Negeri Sembilan Ramli Ismail ketika dihubungi mengesahkan perkara tersebut dan memaklumkan kes disiasat mengikut Seksyen 18, Akta SPRM 2009.
Beliau, dalam pada itu, tidak menolak kemungkinan untuk memanggil beberapa penjawat awam daripada pelbagai agensi lain di negeri ini yang melakukan kesalahan sama bagi membantu siasatan SPRM.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#sewa bilik
#SPRM
#Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia
#tuntutan palsu
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan