awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Penganjuran Terbuka Malaysia lebih mencabar
Pahang rekod kehadiran 15.2 juta pelancong pada 2025
JPKK diingatkan amal integriti tinggi, adil - MB Negeri Sembilan
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

SPRM sah tahan timbalan pengerusi negeri sebuah parti politik

Astro Awani
Astro Awani
17/02/2021
16:08 MYT
SPRM sah tahan timbalan pengerusi negeri sebuah parti politik
Beberapa akaun syarikat dan individu berjumlah RM77 juta juga telah dibeku untuk tujuan siasatan. - Gambar fail
KUALA LUMPUR:Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) mengesahkan menahan seorang timbalan pengerusi negeri sebuah parti politik kerana disyaki menerima rasuah daripada beberapa syarikat yang memperoleh projek daripada sebuah kementerian pada 2019.
Selain menahan ahli politik yang mempunyai kaitan dengan seorang bekas menteri itu, SPRM turut menahan dua pengarah syarikat dalam operasi yang dijalankan di sekitar Ipoh, pada Selasa.
"SPRM dalam serbuan itu merampas wang berjumlah RM1.2 juta dipercayai wang rasuah disimpan di rumah dan pejabat proksi kepada bekas menteri dan timbalan pengerusi terbabit.
"Beberapa akaun syarikat dan individu berjumlah RM77 juta juga telah dibeku untuk tujuan siasatan," katanya dalam kenyataan.
BACA: Jangan buat spekulasi pemimpin kanan PKR Perak ditahan SPRM - Farhash Wafa Salvador
Menurut kenyataan itu, SPRM turut merampas sebuah kereta mewah digunakan bekas menteri terbabit sebagai kenderaan rasmi dan dipercayai milik seorang daripada pengarah syarikat yang diluluskan projek berkenaan.
"SPRM masih menjalankan siasatan berhubung perkara itu dan meminta semua pihak tidak membuat sebarang spekulasi berhubung perkara itu," katanya.
Topic Berkaitan
#SPRM
#Tahan
#pemimpin politik
#timbalan pengerusi
#parti politik
#syarikat
#projek kementerian
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan