awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
48 kedai musnah dalam kebakaran di Pasar Chatuchak
Malaysia runding terma MoU tarif Amerika Syarikat - Mohamad Hasan
SPRM reman dua penjawat awam bantu siasatan tuntutan palsu RM114,000
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

SPRM siasat pegawai khas menteri

Astro Awani
Astro Awani
09/01/2014
09:25 MYT
SPRM siasat pegawai khas menteri
Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) menahan reman tiga individu termasuk seorang pegawai khas Menteri dan seorang ahli perniagaan berpangkat 'Datuk' kerana disyaki terbabit dalam rasuah berhubung pemberian tender pembersihan di sebuah kementerian.
Pegawai khas berkenaan ditahan di sebuah restoran di Selangor malam tadi oleh pegawai SPRM.
Ketiga mereka yang berumur antara 30-an dan 40-an dibawa ke Mahkamah Majistret Putrajaya jam 8.30 pagi tadi.
Majistret Nur Dahlia Azmi mengeluarkan perintah reman selama tiga dan empat hari bagi semua yang disiasat.
Kes disiasat mengikut Seksyen 16(a)(B) Akta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) 2009 dan Seksyen 17 (a) Akta SPRM 2009.
Topic Berkaitan
#mahkamah
#SPRM
#Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia
#tender
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan