awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Kerajaan dijangka jimat RM2.5 bilion hasil penyasaran subsidi RON95 tahun ini - PM
Kes Zara Qairina: Mahkamah tangguh prosiding komital terhadap Shafie Apdal
10 maut dalam insiden tembakan di sekolah Kanada
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

SPRM tahan 8 pegawai penjara disyaki rasuah

Bernama
Bernama
05/03/2019
14:43 MYT
SPRM tahan 8 pegawai penjara disyaki rasuah
Kesemua pegawai penjara yang berusia di antara 25 dan 44 tahun itu ditahan di sekitar Pulau Pinang, Kedah dan Pahang. - Gambar hiasan
Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) hari ini menahan lapan pegawai penjara dan seorang pemandu kenderaan warga asing bagi membantu siasatan berhubung dakwaan menerima wang suapan berjumlah RM120,000.
Pengarah SPRM Pulau Pinang, Datuk Wan Ramli Wan Abdullah yang mengesahkan penahanan itu, bagaimanapun enggan mengulas lanjut berhubung kes berkenaan.
Sebelum itu, Bernama difahamkan kesemua pegawai penjara berusia di antara 25 dan 44 tahun tersebut ditahan di sekitar Pulau Pinang, Kedah dan Pahang di antara pukul 9.45 pagi dan 10.30 pagi kerana dipercayai menerima wang suapan itu dari seorang pemandu kenderaan warga Indonesia berumur 45 tahun.
Pemandu itu dikatakan memberi wang suapan itu sebagai balasan supaya pegawai penjara tidak mengambil tindakan terhadapnya kerana membawa masuk barangan terlarang ke dalam penjara.
SPRM dijangka akan mendapatkan perintah tahanan reman terhadap suspek di mahkamah esok bagi meneruskan siasatan di bawah Seksyen 17(a) Akta SPRM 2009. -- Bernama
Topic Berkaitan
#pegawai penjara
#Rasuah
#SPRM
#Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan