awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Kes rasuah RM1 juta bina gelanggang skuasy, CEO badan berkanun direman 5 hari
Weeroc Space capai kejayaan 'tapeout', perkukuh keupayaan reka bentuk cip Malaysia
Polis tahan kira-kira 90 peserta protes di New York bantah bekalan senjata kepada Israel
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

SPRM tahan dua individu disyaki kemuka tuntutan bayaran palsu bernilai RM100,000

Bernama
Bernama
27/06/2024
15:14 MYT
SPRM tahan dua individu disyaki kemuka tuntutan bayaran palsu bernilai RM100,000
Sumber SPRM berkata kedua-dua mereka, seorang wanita dan seorang lelaki lingkungan 30-an ditahan pada 2 petang semalam ketika hadir memberi keterangan di pejabat SPRM Selangor. - Foto ihsan SPRM
KUALA LUMPUR: Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Selangor menahan bekas ketua pegawai kewangan dan bekas ketua pegawai operasi syarikat berkaitan hartanah selepas disyaki mengemukakan dokumen tuntutan pembayaran palsu bernilai kira-kira RM100,000.
Sumber SPRM berkata kedua-dua mereka, seorang wanita dan seorang lelaki lingkungan 30-an ditahan pada 2 petang semalam ketika hadir memberi keterangan di pejabat SPRM Selangor.
"Siasatan awal mendapati kedua-dua suspek disyaki mengemukakan 42 dokumen tuntutan pembayaran palsu yang menyebabkan kerugian kepada syarikat sedangkan tiada pembekalan barangan atau kerja-kerja telah dilaksanakan.
"Kedua-dua suspek dipercayai melakukan perbuatan tersebut dari Januari 2021 hingga April 2022 dan menerima kesemua bayaran secara pindahan ke akaun bank milik mereka (suspek)," katanya.
Menurut sumber lagi kedua-dua suspek direman tiga hari hingga 29 Jun ini berdasarkan permohonan SPRM.
Sementara itu, Pengarah SPRM Negeri Selangor Datuk Alias Salim ketika dihubungi mengesahkan penahanan tersebut dan kes disiasat mengikut Seksyen 18 Akta SPRM 2009.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#SPRM
#tahan dua individu
#kemuka tuntutan bayaran palsu
#dokumen
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan