awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
PDRM tumpaskan sindiket seks dan scan dalam talian melalui Op Bugil
PDRM tumpaskan sindiket pecah rumah dan premis perniagaan di Johor
4 ketua bahagian Bersatu Johor, Ronald Kiandee hilang kepercayaan terhadap Muhyiddin
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

SPRM tahan pengarah urusan bergelar Datuk kemuka tuntutan palsu

Bernama
Bernama
22/05/2025
15:25 MYT
SPRM tahan pengarah urusan bergelar Datuk kemuka tuntutan palsu
Seorang pengarah urusan syarikat bergelar Datuk bersama dua lagi individu direman dua hari bermula hari ini. - Foto hiasan/BERNAMA
ALOR SETAR: Seorang pengarah urusan syarikat bergelar Datuk bersama dua lagi individu direman dua hari bermula hari ini bagi membantu siasatan kes mengemukakan tuntutan palsu bernilai kira-kira RM48,000 kepada sebuah agensi pasukan keselamatan.
Sumber Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) memaklumkan kesemua suspek berusia 50-an yang terdiri daripada dua lelaki dan seorang wanita ditahan sekitar 4 hingga 5 petang semalam ketika hadir memberi keterangan di pejabat SPRM Kedah di sini.
"Suspek utama disyaki melakukan perbuatan berkenaan antara 2020 hingga 2023 yang melibatkan tuntutan pembekalan makanan mentah, basah dan kering berjumlah kira-kira RM48,000 kepada pasukan keselamatan yang menjalankan penugasan kawalan di pos barisan hadapan.
"Turut ditahan dua kakitangan syarikat pembekal yang disyaki bersubahat dengan suspek utama dalam menyediakan dan mengemukakan dokumen tuntutan yang dipercayai tiada pembekalan dilakukan," katanya.
Sementara itu, Pengarah SPRM Kedah Datuk Ahmad Nizam Ismail ketika dihubungi mengesahkan tangkapan berkenaan dan kes disiasat di bawah Seksyen 18 Akta SPRM 2009.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#SPRM
#Tahan
#pengarah urusan
#bergelar datuk
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan