awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Cuaca panas: Lima kawasan di Kedah pada tahap berjaga-jaga - MetMalaysia
Semua pihak wajib patuhi undang-undang, jangan politikkan isu agama - Sultan Ibrahim
PTVM hargai sumbangan Suhaimi Sulaiman, gesa transformasi RTM diteruskan
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

SPRM tahan pengerusi jawatankuasa PPS disyaki terlibat tuntutan palsu dana banjir

Bernama
Bernama
16/11/2023
06:39 MYT
SPRM tahan pengerusi jawatankuasa PPS disyaki terlibat tuntutan palsu dana banjir
Menurut sumber, suspek lelaki berumur lingkungan 60-an itu ditahan kira-kira pukul 11 pagi semalam ketika hadir memberi keterangan di pejabat SPRM Kemaman.- Gambar hiasan
KUALA TERENGGANU: Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Terengganu menahan seorang pengerusi jawatankuasa pusat pemindahan sementara (PPS) kerana disyaki memperakui borang bantuan bencana banjir yang mengandungi butir matan palsu pada 2022.
Menurut sumber, suspek lelaki berumur lingkungan 60-an itu ditahan kira-kira pukul 11 pagi semalam ketika hadir memberi keterangan di pejabat SPRM Kemaman.
Sumber memaklumkan borang terbabit adalah berkaitan maklumat ketua isi rumah atas nama anak kandungnya sendiri bagi mendapatkan Bantuan Wang Ihsan (BWI) berjumlah RM1,000 yang sebenarnya tidak layak menerima bantuan itu.
BWI merupakan inisiatif kerajaan dalam memberi bantuan kepada setiap ketua isi rumah yang terjejas ketika Monsun Timur Laut atau terkesan dengan lain-lain bencana yang diisytiharkan Jawatankuasa Pengurusan Bencana Pusat.
Sementara itu, Pengarah SPRM Terengganu Hazrul Shazreen Abd Yazid ketika dihubungi mengesahkan tangkapan itu dan berkata kes disiasat di bawah Seksyen 18 Akta SPRM 2009.
"Bagaimanapun, suspek dilepaskan dengan jaminan SPRM setelah keterangannya selesai diambil," katanya.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#SPRM
#terengganu
#PPS
#matan palsu
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan