awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
YKM peruntuk RM5 juta tahun ini bantu 1,000 anak yatim kehilangan ibu bapa akibat COVID-19
HIMS tidak kawal aspek perundangan dalam urus niaga perumahan - Majlis Peguam
Pesakit tibi tidak patuh jadual rawatan, cabaran utama tangani penularan – Pakar kesihatan awam
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

SPRM tahan tujuh kakitangan JPJ Johor atas dakwaan salah guna kuasa

Astro Awani
Astro Awani
21/02/2021
07:41 MYT
SPRM tahan tujuh kakitangan JPJ Johor atas dakwaan salah guna kuasa
SPRM Johor telah menahan seramai tujuh petugas kaunter JPJ negeri itu pada Ahad bagi membantu siasatan berhubung urusan cukai jalan Lesen Kenderaan Motor (LKM) melibatkan lebih 1,000 jenis kenderaan bermotor. - Gambar Astro AWANI
JOHOR BAHRU: Kaunter hadapan Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) dikenal pasti antara yang mudah terdedah kepada aktiviti jenayah terutama membabitkan rasuah, penyelewengan dan salah guna kuasa.
Isu paling kerap berlaku ialah perbuatan salah guna kuasa oleh kakitangan dengan menceroboh sistem JPJ.
Susulan maklumat tersebut, SPRM Johor telah menahan seramai tujuh petugas kaunter JPJ negeri itu pada Ahad bagi membantu siasatan berhubung urusan cukai jalan Lesen Kenderaan Motor (LKM) melibatkan lebih 1,000 jenis kenderaan bermotor.
Tujuh kakitangan JPJ Johor ditahan atas dakwaan salah guna kuasa
Tujuh kakitangan JPJ Johor ditahan atas dakwaan salah guna kuasa
Menurut sumber, mereka terdiri daripada lima lelaki dan dua wanita yang berusia antara 27 hingga 42 tahun yang bertugas di JPJ Johor.
Kesemua kakitangan yang ditahan tersebut Mereka dipercayai telah memanipulasi sistem MYSIKAP bagi urusan cukai jalan LKM yang mana jumlah ketirisan kutipan cukai jalan JPJ Negeri Johor mencecah RM3.1 juta dalam tempoh enam bulan iaitu bermula Julai hingga Disember 2019.
Dalam pada itu, Ketua Pesuruhjaya SPRM, Datuk Seri Azam Baki yang kini berada di Johor Bahru bagi menghadiri mesyuarat bersama SPRM Johor telah mengesahkan tangkapan tersebut.
Menurut beliau, kesemua suspek akan dibawa ke Mahkamah Majistret Johor Bahru pada Isnin bagi proses reman dan kes siasatan dijalankan di bawah Seksyen 18 Akta SPRM 2009.
SPRM tahan tujuh kakitangan JPJ Johor atas dakwaan salah guna kuasa
SPRM tahan tujuh kakitangan JPJ Johor atas dakwaan salah guna kuasa
Mengulas lanjut, beliau berkata, siasatan ini bermula hasil makluman dan kerjasama yang baik oleh Bahagian Integriti dan Pejabat Ketua Pengarah JPJ.
"SPRM akan meneruskan kerjasama dengan JPJ agar langkah pematuhan dan penambahbaikan proses kerja dapat dilakukan sebagai langkah mengelakkan kegiatan rasuah ini berulang khususnya ia menyebabkan ketirisan hasil kerajaan.
"Perkara ini telah dibincangkan dengan Ketua Pengarah JPJ sebelum ini dan perkongsian maklumat seumpama ini dapat meningkatkan integriti dan tadbir urus jabatan sekali gus menutup ruang dan peluang rasuah," katanya.
Justeru itu, beliau menyeru mana-mana pihak atau agensi untuk memberi maklumat kepada SPRM seperti yang dilakukan oleh pihak Ketua Pengarah JPJ ini.
Sementara itu, Azam juga menyeru agar masyarakat yang berurusan di kaunter-kaunter jabatan untuk ambil peduli dan sentiasa memeriksa resit-resit selepas melakukan urusan di kaunter atau pun ejen-ejen yang dilantik.
Topic Berkaitan
#SPRM
#JPJ
#Johor
#salah guna kuasa
#Lesen Kenderaan Motor
#kaunter JPJ
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan