awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Penganggur didakwa bunuh teman wanita
Penangguhan hukuman satu petanda positif, peluang Malaysia kini 50-50 - AFC
Tibi: 10 kluster baharu di tujuh negeri, Johor catat kes tertinggi
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Status MITRA akan diumumkan Perdana Menteri - Ramanan

Bernama
Bernama
21/12/2023
10:50 MYT
Status MITRA akan diumumkan Perdana Menteri - Ramanan
Ramanan berkata beliau akan menjalankan tugasnya sebagai pengerusi jawatankuasa khas itu seperti biasa sehingga ada pengumuman daripada Perdana Menteri. - Gambar fail/Bernama
KUALA LUMPUR: Status Unit Transformasi Masyarakat India Malaysia (MITRA) sama ada kekal di bawah pentadbiran Jabatan Perdana Menteri (JPM) atau sebaliknya akan diumumkan Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim dalam masa terdekat.
Timbalan Menteri Pembangunan Usahawan dan Koperasi Datuk R. Ramanan yang juga Pengerusi Jawatankuasa Khas MITRA berkata beliau akan menjalankan tugasnya sebagai pengerusi jawatankuasa khas itu seperti biasa sehingga ada pengumuman daripada Perdana Menteri.
Beliau juga katanya meletakkan kepercayaan terhadap Perdana Menteri dalam memuktamadkan perkara tersebut.
"Memang Perdana Menteri akan buat satu pengumuman dalam masa terdekat, tunggu pengumuman beliau," katanya kepada pemberita selepas lawatan kerja ke Ibu Pejabat Tabung Ekonomi Kumpulan Usaha Niaga (TEKUN) Nasional di sini hari ini.
Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas mengenai khabar angin bahawa pentadbiran MITRA akan kembali di bawah Kementerian Perpaduan Negara.
Selain itu, Ramanan berkata rakyat perlu mengambil peluang yang ditawarkan di TEKUN Nasional untuk menjadi usahawan yang lebih berdaya saing.
"Untuk tahun ini sahaja, TEKUN telah memberikan bantuan perniagaan kepada usahawan India sebanyak RM49 juta dengan jumlah keseluruhan bantuan perniagaan yang diberikan mencecah RM1 bilion menjelang akhir tahun ini.
"Ini adalah satu pencapaian yang baik dengan jumlah pembiayaan meningkat dari tahun ke tahun," katanya.
Beliau berkata TEKUN juga akan membuka dua lagi cawangan di Sabah tahun hadapan menjadikan jumlah keseluruhan di seluruh negara sebanyak 173 cawangan.
Sementara itu, Pengerusi TEKUN Nasional Datuk Abdullah Sani Abdul Hamid berkata TEKUN merancang untuk meningkatkan lagi pembiayaan dan memberi ruang lebih luas kepada peserta dalam pembiayaan.
"Kita sudah sasarkan tahun hadapan peruntukan pembiayaan sekitar RM1.15 bilion bagi pembiayaan," katanya.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#TEKUN Nasional
#Mitra
#jumlah pembiayaan
#usahawan India
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan