awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
YKM peruntuk RM5 juta tahun ini bantu 1,000 anak yatim kehilangan ibu bapa akibat COVID-19
HIMS tidak kawal aspek perundangan dalam urus niaga perumahan - Majlis Peguam
Pesakit tibi tidak patuh jadual rawatan, cabaran utama tangani penularan – Pakar kesihatan awam
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Status RUU Suruhanjaya Bebas Aduan Salah Laku Polis tumpuan di Dewan Rakyat hari ini

Astro Awani
Astro Awani
07/12/2021
23:32 MYT
Status RUU Suruhanjaya Bebas Aduan Salah Laku Polis tumpuan di Dewan Rakyat hari ini
Dewan Rakyat akan bersidang hingga 16 Disember ini.
KUALA LUMPUR: Status Rang Undang-Undang Suruhanjaya Bebas Aduan Salah Laku Polis menjadi tumpuan di Dewan Rakyat hari ini.
Menurut aturan mesyuarat, pertanyaan itu diajukan Datuk Seri Salahuddin Ayub (PH-Pulai) kepada Menteri Dalam Negeri.
Antara lain, yang turut menjadi tumpuan adalah persoalan daripada Tuan Lukanisman Awang Sauni (GPS - Sibuti) kepada Menteri Kesihatan berkenaan langkah untuk memastikan bekas pesakit positif COVID-19 yang mengalami 'Long COVID' mendapat akses perubatan yang mencukupi di seluruh negara.
Pada masa sama, beliau mahu penjelasan adakah kementerian tersebut mempunyai data mengenai jumlah pesakit 'Long COVID' melebihi 12 minggu setakat Oktober 2021.
Selain itu, isu berkenaan atlet yang mewakili negara ke pertandingan sukan luar negara menerima gaji atau elaun atau imbuhan yang sama di antara lelaki dan wanita turut menjadi fokus sidang Dewan Rakyat hari ini.
Persoalan itu akan diajukan Fuziah Salleh (PH-Ampang) kepada Menteri Belia dan Sukan.
Beliau turut meminta penjelasan berkenaan jumlah yang diterima mengikut jantina dan kategori sukan yang dipertandingkan.
Selesai sesi itu, persidangan diteruskan dengan sambungan sesi perbahasan Rang Undang-Undang Perbekalan 2022 (Bajet 2022) di peringkat jawatankuasa bagi beberapa kementerian.
Dewan Rakyat akan bersidang hingga 16 Disember ini.
Topic Berkaitan
#Dewan Rakyat
#RUU Suruhanjaya Bebas Aduan Salah Laku Polis
#COVID-19
#long COVID
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan