awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Mohd Ismail angkat sumpah ADUN Lamag
Pesta pantun HAWANA-DBP 2026 pelawa penyertaan warga media
EKSKLUSIF: JSPT cadang 'dashcam' diwajibkan, pemberi maklumat diberi merit termasuk diskaun saman
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Status vaksin PPVN pada peringkat praklinikal terhadap haiwan - Dr Adham

Bernama
Bernama
12/09/2022
13:26 MYT
Status vaksin PPVN pada peringkat praklinikal terhadap haiwan - Dr Adham
Dr Adham berkata pihaknya juga bersedia untuk memastikan syarat amalan pengilangan baik (GMP) pembangunan vaksin dalam negara dilaksanakan dengan mematuhi peraturan. - Gambar fail
KUALA LUMPUR: Status vaksin yang dibangunkan dalam Pelan Hala Tuju Pembangunan Vaksin Negara (PPVN) kini berada pada peringkat ujian praklinikal terhadap haiwan, kata Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi Datuk Seri Dr Adham Baba.
Beliau berkata pihaknya juga bersedia untuk memastikan syarat amalan pengilangan baik (GMP) pembangunan vaksin dalam negara dilaksanakan dengan mematuhi peraturan dan kehendak yang diperlukan.
"Kita mula masuk ujian praklinikal terhadap haiwan dan kita bersedia untuk memastikan syarat GMP dipatuhi," katanya pada sidang media selepas majlis pelancaran Dasar Bioteknologi Negara 2.0 di Pusat Dagangan Dunia Kuala Lumpur, di sini hari ini.
PPVN dilancarkan pada November tahun lepas dalam usaha menjadikan Malaysia sebagai antara hab pengeluar vaksin dan meningkatkan keyakinan terhadap penggunaan vaksin.
Pelaksanaan PPVN tidak akan tertumpu hanya pada vaksin COVID-19 tetapi juga diperluas kepada vaksin bagi penyakit lain, antaranya pembangunan vaksin untuk kanser kepala dan leher oleh Pusat Penyelidikan Kanser.
Setakat ini, tiga projek akan dilaksanakan menerusi PPVN antaranya melibatkan projek penghasilan dua jenis vaksin COVID-19 menggunakan virus yang dilemahkan (inactivated) dan Messenger Asid Ribonukleik (mRNA) yang dibangunkan Institut Penyelidikan Perubatan (IMR).
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#Dr Adham Baba
#PPVN
#haiwan
#vaksin
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan