awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
HKI 2026 platform didik masyarakat guna internet secara selamat, beretika
Syarikat tempatan perlu diberi keutamaan, peluang dalam projek AI - Sim
PBT Negeri Sembilan diarah bertindak segera atasi rumah ibadat tidak berlesen - Exco
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Stor simpanan minyak hitam musnah kebakaran

Astro Awani
Astro Awani
12/05/2017
10:13 MYT
Stor simpanan minyak hitam musnah kebakaran
Sehingga jam 5 petang tadi, kerja-kerja mengawal dan memadam kebakaran masih sedang dijalankan dan tiada sebarang kemalangan jiwa dilaporkan. - Foto Astro AWANI
Sebuah stor penyimpanan minyak hitam di Kawasan Perindustrian Bukit Rambai, Melaka, musnah dalam kebakaran sekitar jam 3.15 petang tadi.
Ketua Operasi dari Balai Bomba dan Penyelamat Tangga Batu, Penolong Pegawai Bomba, Roslan Jalil berkata, kebakaran di kawasan berkeluasan 1706.8 meter persegi itu melibatkan empat tangki minyak dan sebuah lori tangki.
Menurutnya 19 anggota bersama tiga jentera dan sebuah tangki air bomba dikejarkan ke tempat kejadian sejurus menerima panggilan sekitar 3.22 petang tadi.
Kebakaran dipercayai berpunca ketika proses pemindahan minyak dari lori ke dalam tangki sedang dijalankan sebelum secara tiba-tiba berlaku percikan api sehingga mengakibatkan api marak.
Operasi mengawal kebakaran mengambil masa hampir 2 jam 15 minit.
Tiada sebarang kemalangan jiwa dilaporkan.
Topic Berkaitan
#bomba
#kebakaran
#kemalangan
#minyak hitam
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan