awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Konflik Asia Barat: Satu kapal Malaysia terkandas di pelabuhan, enam dalam perjalanan - PM Anwar
Hakim Persekutuan AS arah Pentagon pulihkan akses media
Min Aung Hlaing angkat sumpah sebagai presiden baharu Myanmar
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Suami, isteri, bayi dalam kandungan maut dalam kemalangan

Sinar Harian
Sinar Harian
16/03/2023
15:19 MYT
Suami, isteri, bayi dalam kandungan maut dalam kemalangan
Sepasang suami isteri termasuk bayi dalam kandungan, maut setelah motosikal yang dinaiki terbabas di Kilometer (KM) 18.4J (arah Gelang Patah), pada awal pagi Khamis. - Sinar Harian
ISKANDAR PUTERI: Sepasang suami isteri termasuk bayi dalam kandungan, maut setelah motosikal yang dinaiki terbabas di Kilometer (KM) 18.4J (arah Gelang Patah), pada awal pagi Khamis.
Ketua Polis Daerah Iskandar Puteri, Asisten Komisioner Rahmat Ariffin berkata, kemalangan dipercayai berlaku akibat penunggang motosikal hilang kawalan sebelum terbabas ke pembahagi jalan.
Menurutnya, kemalangan tidak melibatkan kenderaan lain di lokasi.
“Penunggang motosikal berkenaan berusia 36 tahun manakala isterinya 30 tahun dan bayi dalam kandungan berusia enam bulan setengah.
“Kedua-dua mangsa mengalami kecederaan parah di bahagian muka, badan, tangan dan disahkan meninggal dunia di lokasi kejadian,” katanya.
Rahmat berkata, mayat kesemua mangsa dihantar ke Hospital Sultanah Aminah (HAS) bagi tujuan bedah siasat dan mengenal pasti punca sebenar kematian.
- Sinar Harian
Topic Berkaitan
#suami isteri
#kemalangan
#bayi dalam kandungan
#Polis Daerah Iskandar Puteri
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan