awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Kerajaan Selangor teliti aduan Orang Asli Pulau Carey berkait projek Westports 2
RUU Kualiti Alam Sekeliling (Pindaan) 2026 dibentangkan di Dewan Rakyat
Sultan Terengganu pengerusikan Mesyuarat Majlis Raja-Raja ke-271
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Suami isteri disyaki dera anak direman enam hari

Bernama
Bernama
14/07/2024
07:48 MYT
Suami isteri disyaki dera anak direman enam hari
Polis menahan kedua-duanya di kediaman mereka di Jalan Jabor Kubur dekat sini kira-kira 8 malam tadi kerana disyaki mendera dua anak mereka. -Gambar hiasan / Freeimages
CHUKAI: Pasangan suami isteri yang ditahan bagi membantu siasatan kes dera anak perempuan dan lelaki mereka berusia enam serta tujuh tahun, direman enam hari mulai hari ini hingga 19 Julai.
Perintah reman terhadap wanita berusia 26 tahun dan suaminya, 30, yang bekerja sebagai buruh itu dikeluarkan oleh Majistret Sharifah Amirda Shasha Amir Sharifuddin di Mahkamah Majistret Kemaman hari ini.
Ketua Polis Daerah Kemaman Supt Hanyan Ramlan ketika dihubungi berkata reman dimohon bagi membolehkan siasatan lanjut dijalankan mengikut Seksyen 31 (1) Akta Kanak-Kanak 2001.
Polis menahan kedua-duanya di kediaman mereka di Jalan Jabor Kubur dekat sini kira-kira 8 malam tadi kerana disyaki mendera dua anak mereka.
Tangkapan dibuat selepas pihak polis menerima laporan daripada saksi kejadian yang mendakwa mangsa disepak dan ditampar berkali-kali oleh suspek di hadapan rumah mereka.
Hasil pemeriksaan mendapati terdapat kesan kecederaan baharu dan lama pada kedua-dua mangsa yang kini diletakkan di bawah jagaan Jabatan Kebajikan Masyarakat.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#dera
#Kanak-kanak
#Jalan Jabor Kubur
#disepak dan ditampar berkali-kali
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan