awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
12,600 tiket tambahan ETS sempena Tahun Baharu Cina dijual mulai esok - Loke
Pasukan Roboticist Malaysia unggul di FTC Nusantara
China bangunkan pemacu gelombang mikro 20GW yang mampu lumpuhkan satelit
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Suami isteri dituduh sebabkan krisis air di Lembah Klang

T K Letchumy Tamboo
T K Letchumy Tamboo
17/09/2013
11:56 MYT
Suami isteri dituduh sebabkan krisis air di Lembah Klang
-Gambar Arkib
Sepasang suami isteri hari ini dihadapkan ke Mahkamah Sesyen Shah Alam atas pertuduhan menyebabkan pencemaran air berikutan tumpahan minyak diesel di Sungai Selangor yang menyebabkan krisis air di Lembah Klang bulan lepas.
Ng Kim Bok dan H'ng Soo Chiew mengaku tidak bersalah atas kesemua pertuduhan tersebut.
Ng menghadapi 30 pertuduhan mengikut Akta Kualiti Alam Sekeliling 1974 dan Enakmen Lembaga Urus Air Selangor (LUAS), Negeri Selangor (No.2) 1999, manakala isterinya, H'ng, menghadapi 20 pertuduhan secara bersama menurut akta dan enakmen sama.
Mereka dituduh di bawah Akta Kualiti Alam Sekeliling 1974 atas kapasiti mereka sebagai pengarah kepada tiga syarikat iaitu Muhibbah Mok Workshop, Muhibbah Mok Sdn Bhd dan Ng Kim Bok Realty Sdn Bhd.
Muhibbah Mok Workshop beroperasi di lokasi kejadian itu didakwa berlaku, Muhibbah Mok Sdn Bhd ialah syarikat induk kepada bengkel kenderaan berkenaan manakala Ng Kim Bok Realty merupakan pemilik tanah.
Mengikut Akta Kualiti Alam Sekeliling, pasangan suami isteri itu didakwa melupuskan buangan terjadual (buangan minyak) tanpa kelulusan daripada Ketua Pengarah Alam Sekeliling, meletakkan buangan terjadual (buangan minyak) tanpa lesen ke dalam mana-mana perairan daratan dan mencemarkan permukaan tanah-tanih tanpa lesen.
Menurut Enakmen LUAS pula, mereka didakwa mengambil air dari suatu sumber air di belakang premis tanpa kelulusan Pengarah LUAS dan melepaskan ke dalam sumber air bahan buangan yang mengandungi minyak tanpa lesen daripada pengarah berkenaan.
Kesemua kesalahan didakwa dilakukan di Sungai Gong, Lot 15322, Sungai Bakau, Bandar Kundang, Gombak dekat sini, antara 9.50 pagi dan 11.40 pagi, 30 Ogos 2013.
Hakim Mohammed Mokhzani Mokhtar menetapkan tarikh 10 Oktober untuk sebutan kes.
Krisis air yang berlaku pada 30 Ogos menjejaskan lebih sejuta penduduk di Lembah Klang.
Topic Berkaitan
#krisis air
#minyak diesel
#tuduh
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan