awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
PM Anwar gesa kerajaan negeri patuhi keputusan isu rumah ibadat
Nurul Izzah tubuh Jawatankuasa Pengawasan Bebas untuk perkukuh SPRM
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Suami isteri maut bot terbalik di perairan Kuala Merchang

Bernama
Bernama
31/08/2025
12:00 MYT
Suami isteri maut bot terbalik di perairan Kuala Merchang
Mohd Sofian berkata mayat pasangan itu dihantar ke Hospital Sultanah Nur Zahirah, Kuala Terengganu. - Gambar Polis Marang
MARANG: Sepasang suami isteri ditemukan lemas selepas bot fiber dinaiki mereka terbalik dipercayai dipukul ombak besar dan angin kencang di perairan Kuala Merchang di sini, petang tadi.
Ketua Polis Daerah Marang Supt Mohd Sofian Redzuan berkata dalam kejadian 3.30 petang itu, bekas tentera Abdul Rahim Mustaffa, 47, dan Norhasriah Che Osman, 46, suri rumah dari Pulau Kerengga di sini, keluar menangkap ikan menggunakan bot bersaiz enam meter.
"Siasatan awal mendapati mangsa keluar ke laut pada 7.45 pagi. Mayat mereka ditemukan nelayan tempatan pada jarak antara tiga hingga empat kilometer dari Pantai Merchang.
"Norhasriah ditemukan pada 4.30 petang manakala suaminya pada 4.45 petang," katanya dalam kenyataan hari ini.
Mohd Sofian berkata mayat pasangan itu dihantar ke Hospital Sultanah Nur Zahirah, Kuala Terengganu.
Beliau menasihatkan supaya nelayan serta orang awam sentiasa merujuk ramalan cuaca sebelum ke laut bagi mengelakkan kejadian tidak diingini kerana cuaca di perairan Kuala Merchang sejak 28 Ogos tidak menentu dengan laut bergelora dan angin kencang.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#bot terbalik
#suami isteri
#lemas
#Suri Rumah
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami