awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
YKM peruntuk RM5 juta tahun ini bantu 1,000 anak yatim kehilangan ibu bapa akibat COVID-19
HIMS tidak kawal aspek perundangan dalam urus niaga perumahan - Majlis Peguam
Pesakit tibi tidak patuh jadual rawatan, cabaran utama tangani penularan – Pakar kesihatan awam
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Suami isteri maut motosikal berkuasa tinggi rempuh trak tentera

Adie Sufian Zulkefli
Adie Sufian Zulkefli
14/09/2023
11:20 MYT
Suami isteri maut motosikal berkuasa tinggi rempuh trak tentera
Kedua-dua mangsa tercampak ke bahagian belakang trak, dalam kejadian jam 2 petang itu. - Gambar/ PDRM
SUNGAI PETANI: Suami isteri maut selepas motosikal berkuasa tinggi yang dinaiki merempuh belakang trak Angkatan Tentera Malaysia (ATM) dan terbakar di Kilometer 87.0 Lebuh Raya Utara Selatan (PLUS) di sini pada Khamis.
Ridzuan Salleh @Ramli, 41, yang juga anggota tentera dan pasangan Rosmawati Ismail, 39, dari Kampung Bukit Segantang Garam, Bedong tercampak ke bahagian belakang trak, dalam kejadian jam 2 petang itu.
Ketua Polis Daerah Kuala Muda, Asisten Komisioner Zaidy Che Hassan berkata, kejadian berlaku ketika pasangan itu dalam perjalanan dari arah Alor Setar menghala ke Butterworth.
“Sebaik tiba di lokasi, penunggang dipercayai gagal mengelak trak tentera yang berada di hadapan lalu merempuh bahagian belakang trak terbabit.
“Impak perlanggaran yang kuat telah menyebabkan motosikal itu terbakar di lorong kanan jalan dan kedua-dua mereka tercampak ke bahagian belakang trak.
“Penunggang motosikal maut di tempat kejadian akibat mengalami kecederaan parah dan melecur di bahagian badan, manakala pembonceng disahkan meninggal dunia ketika menerima rawatan di Hospital Sultan Abdul Halim (HSAH) pada jam 3.20 petang,” katanya ketika dihubungi Astro AWANI, hari ini.
Zaidy berkata, mayat kedua-dua mangsa telah dibawa ke Unit Forensik HSAH untuk bedah siasat.
Kes disiasat di bawah Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan (APJ) 1987.
Menurut Zaidy, pemandu dan penumpang trak tentera terbabit tidak mengalami sebarang kecederaan.
Topic Berkaitan
#suami isteri maut
#kemalangan maut
#trak tentera
#PLUS
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan