awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Cuaca sejuk melampau di New York City ragut 18 nyawa
SpaceX lancar kumpulan baharu satelit Starlink
Raja Charles sedia bantu polis siasat dakwaan Andrew kongsi dokumen sulit dengan Epstein
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Suami isteri yang maut dalam nahas bas ekspress, selamat dikebumikan

Astro Awani
Astro Awani
13/04/2014
05:09 MYT
Suami isteri yang maut dalam nahas bas ekspress, selamat dikebumikan
Jenazah pasangan suami isteri yang maut dalam kemalangan bas ekpress awal pagi Sabtu selamat dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Kampung Padang Jeman, Salor, Pasir Mas.
Jenazah Saeed Mohamad Mohamud Abdalla, 31, warganegara Somalia dan isterinya Zarifah Alias, 26, dikebumikan pada jam 12 tengah malam tadi.
Sebelum itu, suasana sedih dah hiba menyelubungi rumah ibu bapa Zarifah sewaktu ketibaan jenazah berkenaan sekitar jam 8.30 malam.
Saeed sedang melanjutkan pelajaran di peringkat Doktor Falsafah di Universiti Teknologi Malaysia, Skudai dan dijangka menamatkan pengajiannya dua tahun lagi manakala isterinya pelajar jurusan perubatan dalam bidang kanser di Universiti Malaya.
Pasangan berkenaan yang mendirikan rumah tangga pada Disember tahun lalu, dikatakan ingin pulang ke rumah ibu bapa mereka bagi menghantar benih kelapa dari Somalia.
Sementara itu, menurut rakan Allahyarham, Muhammad Zaki Omar, Saeed juga dikatakan berhasrat memohon Kerakyatan Tetap (PR).
Dalam kemalangan tersebut, pasangan berkenaan antara tiga penumpang yang maut apabila bas dua tingkat dalam perjalanan dari Kuala Lumpur ke Kota Bharu terbabas sebelum merempuh tiang elektrik dan terbalik di kilometer 11, Jalan Bentong-Raub.
Topic Berkaitan
#bas dua tingkat
#Saeed Mohamad Mohamud Abdalla
#Somalia
#Zarifah Alias
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan