awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Trump beri ultimatum 48 jam kepada Iran berkaitan Selat Hormuz
SPRM tahan mantan pengerusi disyaki seleweng dana kuil RM50,000
Konflik Asia Barat: Operasi haji 1447H berjalan seperti dijadual, Mekah aman - Zulkifli
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Suami tikam leher, badan isteri 13 kali

Sinar Harian
Sinar Harian
12/02/2026
08:34 MYT
Suami tikam leher, badan isteri 13 kali
Ahmad Sukarno (gambar kecil) berkata, mayat pasangan itu dibawa ke Unit Forensik Hospital Kuala Lumpur untuk proses bedah siasat bagi mengenal pasti punca kematian. - Gambar hiasan
Perselisihan faham dipercayai menjadi punca seorang lelaki warga tempatan membunuh isterinya di sebuah rumah di Kepong, di sini.
Ketua Polis Daerah Sentul, Asisten Komisioner Ahmad Sukarno Mohd Zahari berkata, selepas kejadian pada Rabu itu suspek, dipercayai telah mencederakan diri sendiri sebelum ditemui mati.
Menurutnya, pihaknya menerima maklumat daripada panggilan MERS 999 pada jam 11.43 pagi mengenai kes tersebut.
"Setibanya di tempat kejadian, polis mendapati lelaki berusia 54 tahun terbaring di dalam bilik dengan kesan tikaman di leher.
"Manakala isterinya berusia 52 tahun pula mengalami 13 kecederaan tikaman, termasuk di leher, tangan dan badan," katanya dalam kenyataan pada Khamis.
Ahmad Sukarno berkata, mayat pasangan itu dibawa ke Unit Forensik Hospital Kuala Lumpur untuk proses bedah siasat bagi mengenal pasti punca kematian.
"Motif pembunuhan dipercayai kerana perselisihan faham antara suami isteri itu," katanya.
Beliau berkata, kes disiasat di bawah Seksyen 302 Kanun Keseksaan. - Sinar Harian
Topic Berkaitan
#kes bunuh isteri
#kes bunuh kepong
#motif pembunuhan isteri
#PDRM
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan