awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
YKM peruntuk RM5 juta tahun ini bantu 1,000 anak yatim kehilangan ibu bapa akibat COVID-19
HIMS tidak kawal aspek perundangan dalam urus niaga perumahan - Majlis Peguam
Pesakit tibi tidak patuh jadual rawatan, cabaran utama tangani penularan – Pakar kesihatan awam
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Subromaniam dilantik sebagai Ketua Pengarah Kastam baharu

Bernama
Bernama
24/03/2017
10:07 MYT
Subromaniam dilantik sebagai Ketua Pengarah Kastam baharu
Datuk T. Subromaniam dilantik sebagai Ketua Pengarah Kastam baharu berkuat kuasa hari ini. -Bernama
Datuk T. Subromaniam dilantik sebagai Ketua Pengarah Kastam baharu berkuat kuasa hari ini, demikian umum Ketua Setiausaha Negara Tan Sri Ali Hamsa.
Subromaniam, 58, yang sebelum ini Timbalan Ketua Pengarah Kastam (Pematuhan/ Penguatkuasaan) menggantikan Datuk Seri Khazali Ahmad yang bersara.
Subromaniam telah berkhidmat dalam perkhidmatan awam lebih 33 tahun dengan mula menyertai perkhidmatan Penguasa Kastam pada 29 Julai 1984.
"Beliau (Subromaniam) berpengalaman luas dalam bidang pengurusan pentadbiran, pengurusan cukai dan penguatkuasaan," katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.
Sebelum ini, Subromaniam pernah menjawat jawatan sebagai Pengarah Kastam Siasatan (Bahagian Penguatkuasaan) dan Ketua Penolong Pengarah Kastam Cawangan Siasatan.
"Saya percaya dengan pengalaman, pengetahuan dan kredibiliti yang dimiliki akan membolehkan beliau (Subromaniam) melaksanakan tanggungjawab ini dengan berkesan dan mampu meneruskan visi Jabatan Kastam Diraja Malaysia (JKDM) dalam menyediakan perkhidmatan kastam bertaraf dunia," katanya.
Ali bagi pihak kerajaan turut merakamkan setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih kepada Khazali di atas segala sumbangan dan khidmat bakti beliau kepada perkhidmatan awam dan negara selama lebih 36 tahun. -- BERNAMA
Topic Berkaitan
#Ketua Pengarah Kastam
#Khazali Ahmad
#Subromaniam
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan