awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
China terbit kertas dasar keselamatan negara Hong Kong selepas hukuman penjara Jimmy Lai
[TERKINI] Tan Sri Isa Samad ke penjara serta-merta, mahkamah batalkan pembebasan
Orang awam dilarang guna siren atau lampu kecemasan, boleh dikenakan tindakan - Bukit Aman
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Subsidi diesel: KPDN sedia bawa rayuan pengusaha trak tunda - Fuziah

Bernama
Bernama
21/06/2024
11:10 MYT
Subsidi diesel: KPDN sedia bawa rayuan pengusaha trak tunda  - Fuziah
Fuziah berkata rayuan itu akan diangkat segera untuk pertimbangan Jawatankuasa Kelulusan Subsidi Diesel. - Gambar fail
PUTRAJAYA: Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDN) bersedia untuk membawa rayuan pengusaha trak penunda kenderaan supaya diberi pertimbangan mendapat subsidi diesel bagi mengurangkan beban kos operasi mereka.

Ringkasan AI
  • KPDN bersedia mengangkat rayuan pengusaha trak penunda kenderaan untuk mendapat subsidi diesel bagi mengurangkan kos operasi mereka, kata Timbalan Menteri Fuziah Salleh.
  • Pengusaha trak penunda kenderaan sering merentasi jarak jauh dan mengalami peningkatan kos operasi akibat harga diesel yang tinggi, menyebabkan kesukaran untuk mengekalkan operasi mereka.
  • Pengusaha trak penunda kenderaan menggesa kerajaan memasukkan perkhidmatan mereka dalam senarai 23 kategori kenderaan yang layak menerima bantuan diesel di bawah Sistem Kawalan Diesel Bersubsidi (SKDS), setelah kos operasi meningkat sejak penyasaran subsidi diesel pada 10 Jun.

Timbalan Menterinya Fuziah Salleh berkata rayuan itu akan diangkat segera untuk pertimbangan Jawatankuasa Kelulusan Subsidi Diesel.
"Sudah tentu tumpuan kementerian adalah terhadap barang perlu dan sedia berbincang dengan mana-mana pihak," katanya ketika ditemui selepas menerima memorandum daripada Pertubuhan Kebajikan Integriti Persahabatan Nasional (PKIPN) yang mewakili pengusaha trak penunda kenderaan di seluruh negara.
Terdahulu pengasas PKIPN Joseph Prakash menerusi memorandum berkenaan menuntut kerajaan memberi pertimbangan agar diberi subsidi diesel susulan penyasaran subsidi bahan bakar itu.
Katanya, pengusaha trak penunda kenderaan sering kali merentasi jarak yang jauh di seluruh semenanjung Malaysia untuk menyediakan perkhidmatan penting.
"Harga diesel semasa telah menjadikan semakin sukar bagi mereka untuk mengekalkan operasi mereka.
"Situasi ini diburukkan lagi oleh kesukaran ekonomi yang dihadapi oleh ramai rakyat Malaysia, yang menghadkan kemampuan mereka untuk menanggung kos perkhidmatan tunda yang meningkat," katanya.
Sebelum ini media melaporkan lebih 1,000 pengusaha trak penunda kenderaan menggesa kerajaan mempertimbangkan perkhidmatan berkenaan dimasukkan dalam senarai 23 kategori kenderaan layak menerima bantuan diesel di bawah Sistem Kawalan Diesel Bersubsidi (SKDS).
Persatuan Trak Tunda dan Pengangkutan Kereta 1 Malaysia (1MTTCC) mendakwa sejak penyasaran subsidi diesel pada 10 Jun lalu, kos operasi mereka naik sekali ganda susulan peningkatan harga diesel kepada RM3.35 seliter daripada RM2.15.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#subsidi diesel
#trak tunda
#kpdn
#rayuan
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan