awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Stefano Gabbana letak jawatan pengerusi Dolce & Gabbana
PM fokus ekonomi, tolak tepi kemelut Rafizi, PKR
Bekas Pengerusi SPR Mohd Hashim Abdullah meninggal dunia 
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Subsidi kerajaan meningkat kepada RM3.2 bilion susulan kenaikan harga minyak dunia - PM Anwar

Bernama
Bernama
22/03/2026
05:15 MYT
Subsidi kerajaan meningkat kepada RM3.2 bilion susulan kenaikan harga minyak dunia - PM Anwar
Anwar berkata Selat Hormuz yang merupakan laluan utama minyak dunia, terjejas akibat konflik itu, menyebabkan bekalan minyak dunia menjadi terhad dan harga melonjak. - Gambar fail/Bernama
Subsidi kerajaan meningkat daripada sekitar RM700 juta kepada RM3.2 bilion dalam tempoh kurang seminggu, susulan kenaikan harga minyak dunia akibat konflik di Asia Barat, kata Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim.
Menerusi hantaran di Facebook, beliau berkata dalam keadaan dunia yang semakin tidak menentu, usaha melindungi kebajikan dan kesejahteraan rakyat tetap menjadi keutamaan Kerajaan MADANI.
“Rakyat serta majoriti peniaga tidak perlu membayar harga sebenar pasaran kerana subsidi ini disalurkan melalui BUDI MADANI RON95 (BUDI95) dan BUDI Diesel,” katanya.
Perdana Menteri berkata sejak kenaikan harga minyak dunia susulan konflik di Asia Barat yang dicetuskan oleh serangan rejim Israel dan Amerika Syarikat (AS) terhadap Iran, ramai mempersoalkan mengapa Malaysia yang merupakan negara pengeluar minyak turut terkesan.
Beliau berkata Selat Hormuz yang merupakan laluan utama minyak dunia, terjejas akibat konflik itu, menyebabkan bekalan minyak dunia menjadi terhad dan harga melonjak.
Anwar berkata Malaysia turut terkesan kerana hampir 50 peratus bekalan minyak negara melalui selat berkenaan.
“Walaupun Malaysia pengeluar minyak, kita sebenarnya mengimport lebih banyak minyak daripada yang dieksport,” kata beliau.
Pada 28 Feb lepas, AS dan Israel mula menyerang sasaran di Iran, termasuk di Tehran, yang menyebabkan kerosakan dan kematian orang awam.
Iran pula melancarkan serangan balas terhadap wilayah Israel serta aset-aset AS di Asia Barat, selain menutup selat Hormuz.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#PM Anwar
#subsidi
#harga minyak
#konflik Asia Barat
#Selat Hormuz
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan