awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
YKM peruntuk RM5 juta tahun ini bantu 1,000 anak yatim kehilangan ibu bapa akibat COVID-19
HIMS tidak kawal aspek perundangan dalam urus niaga perumahan - Majlis Peguam
Pesakit tibi tidak patuh jadual rawatan, cabaran utama tangani penularan – Pakar kesihatan awam
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Subway Malaysia tidak terlibat kes guna bahan kimia tikar yoga dalam roti

Syafique Shuib
Syafique Shuib
07/02/2014
09:50 MYT
Subway Malaysia tidak terlibat kes guna bahan kimia tikar yoga dalam roti
Subway Malaysia menggunakan roti dari pembekal tempatan.
Subway Malaysia berkata restoran makanan segera itu tidak terlibat dengan kes penggunaan bahan kimia merbahaya yang dikenali sebagai 'azodiacarbonamide' di dalam roti keluaran syarikat itu di negara ini.
"Kami tidak dapat memberi sebarang komen tentang isu ini. Ini juga kerana bahan-bahan yang digunakan berbeza dari Amerika Syarikat. Subway Malaysia menggunakan roti dari pembekal tempatan," kata seorang kakitangan Subway Malaysia yang enggan dinamakan ketika dihubungi Astro AWANI.
Menurut laporan terbitan USA Today, syarikat sandwic dari Amerika Syarikat itu sedang dalam proses untuk tidak menggunakan 'azodiacarbonamide' di dalam roti mereka setelah seorang blogger Vani Hari dari laman web FoodBabe.com memulakan petisyen setelah mendapati syarikat berkenaan menggunakan kimia itu.
Subway
Subway
Beliau mendakwa bahan kimia yang sama digunakan untuk meningkatkan keanjalan untuk tikar yoga dan kasut getah.
"Kami dalam proses untuk mengeluarkan bahan berkenaan atas usaha kami untuk meningkatkan mutu roti-roti kami walaupun bahan berkenaan mendapat lulusan Jabatan Pertanian (USDA) dan Pentadbiran Makanan dan Dadah (FDA)," kata syarikat berkenaan menerusi satu kenyataan.
Penggunaan 'azodiacarbonamide' dilarang di United Kingdom, Eropah dan Australia.
Di Malaysia, berita ini mula menjadi hangat pada malam Khamis dan awal pagi tadi susulan laporan dari beberapa laman web Amerika Syarikat.
Subway guna roti yg punya bahan kimia tinggi? Nasib gua jrg mkn subway Rasa baru sekali takat ini
— rahimraidzoh (@rahimraidzoh) February 6, 2014
@QilaArof cuba tengok hastag eatfresh. Diorang tweet pasal subway guna chemical dalam roti diorang. Chemical untuk tapak dalam kasut tu.
— xazharzaharinx (@xazharzaharinx) February 7, 2014
Betul ker bohong?dlm roti subway ada mengandungi bahan plastik tuk bt tikar yoga ngn tapak kasut??
— Marsha Qisha AziQuan (@mummyshima2) February 7, 2014
Di Facebook Subway Malaysia, ada beberapa pelanggan juga bertanyakan tentang isu ini.
"Benarkah Subway Malaysia menggunakan 'Azodicarbonamide' di dalam roti," tanya seorang pengguna Facebook yang dikenali sebagai Abang Yusry.
Boon Feng pula berkongsi link berita sebut di laman Facebook Subway Malaysia. Namun admin Page berkenaan tidak memberi sebarang jawapan mengenai isu ini.
Topic Berkaitan
#Azodiacarbonamide
#subway
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan