awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Trump ugut halang pembukaan jambatan baharu Kanada-AS, tuntut diberi ‘hak milik separuh’
Tuntutan palsu tiket penerbangan RM1.3 juta: Empat pegawai badan berkanun ditahan
Ringgit dibuka mengukuh berbanding dolar AS
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Sudah dua hari pujuk lelaki turun dari atas bumbung flat

Sinar Harian
Sinar Harian
14/02/2024
08:00 MYT
Sudah dua hari pujuk lelaki turun dari atas bumbung flat
Usaha bomba memujuk seorang lelaki kurang siuman yang berada di atas bumbung sebuah perumahan di Flat Sejati sejak dua hari lalu belum berhasil.
SANDAKAN: Usaha pasukan bomba memujuk seorang lelaki kurang siuman yang berada di atas bumbung sebuah perumahan di Flat Sejati di sini sejak dua hari lalu belum berhasil.
Pelbagai cara sudah dilakukan untuk memujuk lelaki berusia 39 tahun itu termasuk memanggil isterinya, namun tidak mendapat respons yang positif.
Ketua Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Sandakan, Severinus Sainkui berkata, pihaknya menerima panggilan berhubung kejadian itu pada malam Ahad lalu.
"Seramai 14 anggota dikejar ke lokasi kejadian terletak sejauh sembilan kilometer untuk operasi menurunkan mangsa yang berada di atas bumbung flat tersebut.
"Sehingga hari ini (Rabu), mangsa masih berada di bumbung bangunan dan proses memujuk bersama pihak polis serta keluarga mangsa masih dijalankan.
"Semalam, isteri mangsa dari Sukau, Kinabatangan telah datang untuk memujuk tetapi tidak juga berkesan," katanya ketika dihubungi Sinar Harian pada Rabu.
Sehubungan itu, Severinus berkata, proses memujuk terpaksa ditangguhkan sementara atas arahan pihak polis.
"Polis arahkan untuk hentikan seketika operasi penyelamatan disebabkan mangsa mengancam untuk terjun sekiranya ada penyelamatan dibuat.
"Setakat ini kita tiada maklumat kenapa lelaki tersebut naik ke bumbung berkenaan namun maklumat akan dikemas kini dari masa ke masa," katanya. - Sinar Harian
Topic Berkaitan
#bumbung flat
#kurang siuman
#Sandakan
#pujuk turun
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan