awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Lubnan melangkah ke fasa baharu perjanjian kekal susulan gencatan senjata dengan Israel - Presiden Joseph Aoun
CEO Batik Air Malaysia menghadap Tunku Besar Tampin, bincang inspirasi dan pembangunan
Inisiatif Rumah Bangsa: “Alhamdulillah. Terima kasih Presiden dan Majlis Tertinggi” – KJ
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Suku akhir ACLE: Gergasi Arab, Al-Ahli singkir JDT

Bernama
Bernama
17/04/2026
17:09 MYT
Suku akhir ACLE: Gergasi Arab, Al-Ahli singkir JDT
Hasrat wakil Malaysia, JDT untuk mara ke saingan separuh akhir Liga Juara-Juara AFC Elite 2025/2026 (ACLE) terhenti, apabila tewas 1-2 kepada kelab gergasi Arab Saudi Al-Ahli pada aksi suku akhir di Jeddah, pada Jumaat.
Hasrat wakil Malaysia, Johor Darul Ta'zim (JDT) untuk mara ke saingan separuh akhir Liga Juara-Juara AFC Elite 2025/2026 (ACLE) terhenti, apabila tewas 1-2 kepada kelab gergasi Arab Saudi Al-Ahli pada aksi suku akhir di Jeddah, pada Jumaat.
Pada pertemuan di Stadium King Abdullah Sports City, Al-Ahli yang juga juara bertahan kejohanan mempamerkan aksi lebih dominan, apabila menguasai sebahagian besar permainan serta mencipta beberapa peluang berbahaya.
Skuad JDT kendalian Xisco Munoz bagaimanapun, berjaya memecah kebuntuan, selepas hantaran leret pemain import Brazil Jairo da Silva ke dalam kotak penalti tertampan kaki pemain Al-Ahli, Ali Majrashi, pada minit ke-20 sebelum bola menerjah gawang.
Al-Ahli kemudian terpaksa bermain dengan 10 pemain selepas Majrashi dilayangkan kad merah susulan kekasaran dilakukan, namun pasukan tuan rumah bangkit menyamakan kedudukan menerusi jaringan Franck Kessie, yang menanduk masuk sepakan penjuru pada masa tambahan separuh masa pertama.

Bersambung babak kedua, Al-Ahli meningkatkan intensiti permainan dengan beberapa percubaan, sebelum Galeno meletakkan pasukan itu di hadapan pada minit ke-54 menerusi sepakan padu dari luar kotak penalti yang menewaskan penjaga gol JDT, Andoni Zubiaurre.

JDT cuba bangkit dengan memasukkan Bergson da Silva pada minit ke-75 bagi menguatkan jentera serangan, namun gagal menemui jaringan penyamaan sehingga tamat perlawanan.

Dua jaringan Al-Ahli kendalian Matthias Jaissle sudah cukup untuk memastikan kemenangan, sekali gus menamatkan cabaran JDT dalam saingan edisi kali ini.

Keputusan itu menyaksikan Al-Ahli akan bertemu kelab Jepun Vissel Kobe di separuh akhir, selepas pasukan itu menewaskan Al Sadd menerusi penentuan sepakan penalti 5-4 dalam satu lagi aksi suku akhir.

Sebelum ini, beberapa perlawanan pusingan 16 ACLE terpaksa ditunda susulan konflik di Asia Barat, namun kejohanan kini kembali berlangsung seperti dijadualkan.

-- BERNAMA

Topic Berkaitan
#sukan
#bola sepak
#ACLE
#JDT
#Al-Ahli
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan