awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Polis tahan empat individu bantu siasatan kes roboh kuil
Jangan bertindak luar batas soal isu rumah ibadat - Anwar
Bersatu perlu dibersihkan sebelum hala tuju parti dibincangkan - Penganalisis
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Sultan Johor sedia laksana tugas negara

Bernama
Bernama
22/09/2023
02:30 MYT
Sultan Johor sedia laksana tugas negara
Sultan Ibrahim Almarhum Sultan Iskandar yang mendahului senarai penggiliran menaiki takhta sebagai Yang di-Pertuan Agong, menzahirkan kesediaan memikul tanggungjawab itu. - Gambar BERNAMA
JOHOR BAHRU: Sultan Johor menzahirkan kesediaan baginda melaksanakan tugas untuk negara dan rakyat.
Sultan Ibrahim Almarhum Sultan Iskandar yang mendahului senarai penggiliran menaiki takhta sebagai Yang di-Pertuan Agong, menzahirkan kesediaan memikul tanggungjawab itu.
“Ia bukan satu kenaikan pangkat. Ia adalah tanggungjawab yang saya sedia untuk laksanakan bagi pihak Raja-Raja Melayu," titah baginda semasa wawancara eksklusif bersama Bernama yang diketuai Pengerusinya, Datuk Seri Wong Chun Wai di kediaman peribadi baginda, di sini, baru-baru ini.
Sultan Ibrahim bertitah bahawa keutamaan baginda adalah menjaga kebajikan rakyat.
“Rakyat akan sentiasa didahulukan,” titah baginda.
Sultan Ibrahim enggan mengulas lanjut dan bertitah adalah lebih baik menunggu mesyuarat Majlis Raja-Raja selesai.
Raja-Raja Melayu dijangka memilih Yang di-Pertuan Agong ke-17 pada 27 Okt ini di bawah sistem pemilihan yang unik, namun berkemungkinan mengekalkan sistem penggiliran bagi memilih Yang di-Pertuan Agong baharu dalam kalangan sembilan Raja.
Pemerintahan lima tahun Yang di-Pertuan Agong ke-16, Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah dari Pahang, dijadualkan berakhir pada penghujung Januari depan.
Sultan Ibrahim telah dimasyhurkan sebagai Sultan Johor pada 23 Januari 2010. - BERNAMA
Topic Berkaitan
#Sultan Johor
#Sultan Ibrahim Almarhum Sultan Iskandar
#Yang di-Pertuan Agong
#Raja-raja Melayu
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan