awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
YKM peruntuk RM5 juta tahun ini bantu 1,000 anak yatim kehilangan ibu bapa akibat COVID-19
HIMS tidak kawal aspek perundangan dalam urus niaga perumahan - Majlis Peguam
Pesakit tibi tidak patuh jadual rawatan, cabaran utama tangani penularan – Pakar kesihatan awam
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Sultan Kedah gesa struktur Mahkamah Syariah disemak semula

Bernama
Bernama
04/03/2024
08:31 MYT
Sultan Kedah gesa struktur Mahkamah Syariah disemak semula
Sultan Kedah Al-Aminul Karim Sultan Sallehuddin Sultan Badlishah berkenan memberi tabik hormat ketika berangkat pada Istiadat Perasmian Sidang Dewan Undangan Negeri (DUN) Kedah di Wisma Darul Aman hari ini. - Foto Bernama
ALOR SETAR: Sultan Kedah Al-Aminul Karim Sultan Sallehuddin Sultan Badlishah menggesa kerajaan menyemak semula struktur Mahkamah Syariah seperti sistem hierarkinya untuk memberi lebih ruang keadilan kepada pihak terlibat.
Baginda bertitah kerajaan juga perlu menambah baik kedudukan jawatan Hakim Mahkamah Syariah agar setanding dengan sistem diguna pakai di Mahkamah Sivil.
"Mahkamah Syariah adalah obor keadilan Agama Islam yang merupakan agama rasmi negeri ini. Oleh yang demikian, beta mahu Mahkamah Syariah menjadi sebuah institusi yang penting sesuai dengan kedudukan Islam di negeri ini.
"Sebagai langkah pemerkasaan, penubuhan Mahkamah Syariah hendaklah diletakkan dalam Undang-undang Tubuh Kerajaan Kedah sebagaimana Mahkamah Sivil disebut dengan jelas di dalam Perlembagaan Persekutuan," titah baginda semasa merasmikan pembukaan Sidang Dewan Undangan Negeri Kedah hari ini.
Sultan Sallehuddin juga mahu kerajaan negeri bekerjasama dengan kerajaan Persekutuan untuk menstrukturkan semula ekosistem pengeluaran serta pasaran padi agar memberi pulangan setimpal kepada petani dan bukan hanya menguntungkan pemain hiliran semata-mata.
Baginda bertitah nasib pesawah, yang merupakan 'power house' sebenar sektor pertanian padi, perlu diberi perhatian serius kerana hasil pendapatan mereka sangat rendah.
"Tanpa memperluas kawasan jelapang padi sedia ada, kerajaan negeri perlu memikirkan langkah wajar untuk meningkatkan produktiviti padi di negeri ini. Penyelesaian yang ketara dalam perkara ini adalah penggunaan teknologi dalam pertanian.
"Teknologi di segenap peringkat rantaian pengeluaran padi perlu diperkasa bermula dari pengeluaran benih sehingga penuaian," titah baginda.
Baginda bertitah cabaran yang dihadapi petani dalam mengguna pakai teknologi seperti tahap kemampuan kewangan dan kekurangan ilmu pengetahuan perlu diselesaikan.
Sultan Sallehuddin juga bertitah kerajaan perlu mengambil langkah menjalin kerjasama dengan pihak swasta untuk menyediakan perkhidmatan teknologi pertanian pada harga murah dan berkualiti.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#Sultan Kedah
#Sultan Sallehuddin Sultan Badlishah
#mahkamah syariah
#menyemak semula struktur Mahkamah Syariah
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan