awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Cuaca panas: Lima kawasan di Kedah pada tahap berjaga-jaga - MetMalaysia
Semua pihak wajib patuhi undang-undang, jangan politikkan isu agama - Sultan Ibrahim
PTVM hargai sumbangan Suhaimi Sulaiman, gesa transformasi RTM diteruskan
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Sultan Nazrin, Tuanku Zara berkenan tinjau keadaan semasa di Taman Tasik Taiping

Bernama
Bernama
29/07/2024
22:45 MYT
Sultan Nazrin, Tuanku Zara berkenan tinjau keadaan semasa di Taman Tasik Taiping
Sultan Nazrin dan Tuanku Zara berkenan berangkat meninjau situasi semasa di kolam Taman Tasik Taiping, pada Isnin. - Gambar Facebook Saarani Mohamad
IPOH: Sultan Perak Sultan Nazrin Shah bersama Raja Permaisuri Perak Tuanku Zara Salim berkenan berangkat meninjau situasi semasa di kolam Taman Tasik Taiping, di sini, pada Isnin.
Menteri Besar, Datuk Seri Saarani Mohamad menerusi hantaran di Facebook rasminya berkata, keberangkatan baginda berdua bertujuan melihat sendiri keadaan paras air di taman tasik itu yang dilaporkan menyusut teruk susulan cuaca kering melanda kawasan tersebut sejak lebih dua bulan lepas.
"Prihatin dengan situasi paras air di Taman Tasik Taiping, DYMM Paduka Seri Sultan Perak, Sultan Nazrin Muizzuddin Shah Ibni Almarhum Sultan Azlan Muhibuddin Shah Al-Maghfurlah bersama DYMM Raja Permaisuri Perak, Tuanku Zara Salim singgah meninjau kawasan tersebut petang tadi (Isnin)," katanya.
Beliau berkata, Sultan Nazrin dan Tuanku Zara turut berkenan beramah mesra dengan pengunjung di taman berkenaan.
Terdahulu Bernama melaporkan, Yang Dipertua Majlis Perbandaran Taiping (MPT), Khairul Amir Mohamad Zubir berkata, tahap peratusan pengurangan air di dalam tasik atau kolam di Taman Tasik Taiping menghampiri 70 peratus dengan keluasan badan air ialah 289,756.4 meter persegi.
Khairul Amir berkata, paras air sungai yang menjadi antara sumber air di situ juga didapati menurun dan memberi kesan kepada tahap air di dalam kolam tersebut. - BERNAMA
Topic Berkaitan
#Taman Tasik Taiping
#paras air
#Sultan Nazrin Shah
#Saarani Mohamad
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan