awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Konflik Asia Barat: Pemimpin Hezbollah gesa Lubnan batalkan mesyuarat dengan Israel
Trump padam imej janaan AI gambarkan diri beliau sebagai Nabi Isa selepas bantahan
Konflik Asia Barat: Tiada negara berhak sekat selat antarabangsa - Ketua IMO
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Sultan Pahang, Tengku Ampuan zahir takziah pemergian Syed Muhammad Naquib Al-Attas

Astro AWANI
Astro AWANI
09/03/2026
01:41 MYT
Sultan Pahang, Tengku Ampuan zahir takziah pemergian Syed Muhammad Naquib Al-Attas
Kesultanan Pahang memaklumkan sumbangan besar Allahyarham Syed Muhammad Naquib dalam memartabatkan tradisi keilmuan Islam serta memperkukuh wacana intelektual Melayu-Islam. - Foto Facebook Kesultanan Pahang
Sultan Pahang Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah dan Tengku Ampuan Pahang Tunku Azizah Aminah Maimunah Iskandariah, menzahirkan ucapan takziah kepada keluarga Prof Diraja Tan Sri Dr Syed Muhammad Naquib Al-Attas yang meninggal dunia petang semalam.
Menerusi hantaran Facebook, baginda berdua turut mendoakan agar roh Allahyarham ditempatkan dalam kalangan orang beriman dan beramal soleh.
“Paduka Baginda berdua juga berharap agar segala urusan keluarga Allahyarham dipermudahkan serta tabah atas kehilangan insan tersayang,” menurut hantaran itu.
Menurut hantaran itu, Allahyarham merupakan tokoh ilmuwan yang banyak berjasa dan dikenali sebagai pengasas konsep Islamisasi ilmu pengetahuan yang memberi pengaruh besar terhadap perkembangan pemikiran pendidikan Islam moden di peringkat antarabangsa.
“Sepanjang kerjayanya dalam dunia akademik, Allahyarham menghasilkan puluhan karya ilmiah merangkumi pelbagai bidang termasuk falsafah, sejarah, teologi, kesusasteraan dan tamadun Islam.
“Antara karya berpengaruh beliau ialah Islam and Secularism, The Concept of Education in Islam serta Prolegomena to the Metaphysics of Islam, yang menjadi rujukan penting dalam kalangan sarjana di seluruh dunia,” menurut hantaran itu.
Kesultanan Pahang memaklumkan sumbangan besar Allahyarham dalam memartabatkan tradisi keilmuan Islam serta memperkukuh wacana intelektual Melayu-Islam menjadikan beliau antara tokoh pemikir paling berpengaruh di rantau ini.
Syed Muhammad Naquib, pengasas dan pengarah Institut Pemikiran dan Tamadun Islam Antarabangsa (ISTAC) meninggal dunia pada 6.47 petang semalam.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#Syed Muhammad Naquib al-Attas
#Sultan Pahang
#takziah
#tokoh pemikir
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan