awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Jawatankuasa Gaza nanti mesyuarat Lembaga Keamanan sahkan komitmen dana bantuan, pembangunan semula
Negara Arab, Islam kecam langkah terbaharu Israel kukuhkan kawalan di Tebing Barat
Palestin mohon mesyuarat tergempar Liga Arab susulan keputusan Israel
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Sultan Perak, Sultan Selangor, Sultan Johor antara yang hadir ke Istana Negara

Ridauddin Daud
Ridauddin Daud
25/10/2020
06:39 MYT
Sultan Perak, Sultan Selangor, Sultan Johor antara yang hadir ke Istana Negara
Menurut sumber, pertemuan itu akan membincangkan beberapa cadangan yang dipersembahkan oleh kerajaan terutamanya mengenai penularan COVID-19. - Foto Astro AWANI
KUALA LUMPUR:Sultan Perak, Sultan Nazrin Muizzuddin Shah, Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah dan Sultan Johor, Sultan Ibrahim Sultan Iskandar, antara yang dilihat berangkat ke Istana Negara pada Ahad.
Turut berangkat ialah Sultan Kedah, Al Aminul Karim Sultan Sallehuddin Sultan Badlishah dan Yang Dipertuan Besar Negeri Sembilan, Tuanku Muhriz Almarhum Tuanku Munawir.
Raja Perlis Tuanku Syed Sirajuddin Putra Jamalullail turut sama berangkat bagi menghadiri pertemuan bersama Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah.
Sultan Ibrahim dilihat paling awal tiba di pintu masuk utama Istana Negara pada jam 1.30 petang dan Sultan Nazrin terakhir tiba tepat jam 2.30 petang pada Ahad.
BACA: LAPOR LANGSUNG: Pertemuan Agong, Raja-Raja Melayu
BACA: Agong tiba di Istana Negara
Menurut sumber, pertemuan itu akan membincangkan beberapa cadangan yang dipersembahkan oleh kerajaan terutamanya mengenai penularan COVID-19.
Menurut sumber itu lagi, Al-Sultan Abdullah mempunyai hak untuk mengisytiharkan darurat namun perkara itu akan dibincangkan bersama Raja-Raja Melayu.
Difahamkan pertemuan itu mungkin akan berlangsung sekurang-kurangnya satu jam dan ada sumber memberitahu ia mungkin tamat kira-kira jam 4.00 ke 4.30 petang.
Topic Berkaitan
#Yang di-Pertuan Agong
#Istana Negara
#Raja-raja Melayu
#COVID-19
#coronavirus
#Al-Sultan Abdullah
#Sultan Perak
#Sultan Nazrin Muizzuddin Shah
#Sultan Sharafuddin Idris Shah
#Sultan Johor
#Sultan Ibrahim Sultan Iskandar
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan