awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
YKM peruntuk RM5 juta tahun ini bantu 1,000 anak yatim kehilangan ibu bapa akibat COVID-19
HIMS tidak kawal aspek perundangan dalam urus niaga perumahan - Majlis Peguam
Pesakit tibi tidak patuh jadual rawatan, cabaran utama tangani penularan – Pakar kesihatan awam
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Sultan Selangor, Tengku Permaisuri zahirkan ucapan Selamat Tahun Baharu Cina

Bernama
Bernama
21/01/2023
12:16 MYT
Sultan Selangor, Tengku Permaisuri zahirkan ucapan Selamat Tahun Baharu Cina
Turut dikongsikan beberapa gambar baginda berdua ketika berangkat melawat Pinang Peranakan Mansion di George Town, Pulau Pinang baru-baru ini. - Foto ihsan Facebook Selangor Royal Office
SHAH ALAM: Sultan Selangor Sultan Sharafuddin Idris Shah dan Tengku Permaisuri Selangor Tengku Permaisuri Norashikin hari ini berkenan menzahirkan ucapan Selamat Tahun Baharu Cina kepada rakyat negeri ini yang meraikannya.
Menerusi hantaran di Facebook Selangor Royal Office hari ini baginda berharap sambutan perayaan sebegini akan terus menjadi elemen terpenting dalam mengeratkan perpaduan dan keharmonian antara kaum di Malaysia, serta diraikan dalam suasana muhibah, penuh toleransi dan saling hormat menghormati.
"Semoga tahun baharu ini akan membawa kemakmuran, kegembiraan dan kebahagiaan buat kita semua," titah baginda.
Dalam hantaran sama, turut dikongsikan beberapa gambar baginda berdua ketika berangkat melawat Pinang Peranakan Mansion di George Town, Pulau Pinang baru-baru ini.
Rumah agam yang dibina sekitar tahun 1893 itu kini dijadikan muzium dan menempatkan pelbagai barangan antik, artifak serta koleksi gaya hidup golongan Peranakan atau Baba Nyonya.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#Sultan Selangor Sultan Sharafuddin Idris Shah
#Tengku Permaisuri Norashikin
#Tahun Baharu Cina
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan