awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
[TERKINI] Isu pemilikan saham: Azam Baki akan hantar surat tuntutan kepada Bloomberg esok
Kerajaan Selangor teliti aduan Orang Asli Pulau Carey berkait projek Westports 2
RUU Kualiti Alam Sekeliling (Pindaan) 2026 dibentangkan di Dewan Rakyat
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Sungai Kim Kim: Bencana ini bukannya banjir! - MP Pasir Gudang

Isabelle Leong
Isabelle Leong
14/03/2019
09:40 MYT
Sungai Kim Kim: Bencana ini bukannya banjir! - MP Pasir Gudang
Seorang pelajar terbaring dibawa menaiki ambulans untuk ke hospital selepas mendapatkan rawatan awal di Dewan Komuniti Taman Pasir Putih, Pasir Gudang semalam. - BERNAMA
Bencana pencemaran bahan kimia di Sungai Kim Kim di Pasir Gudang, Johor tidak boleh disamakan dengan bencana banjir, tegas Ahli Parlimen Pasir Gudang, Hassan Abdul Karim.
Katanya, pengisytiharaan darurat bencana perlu dilakukan sekiranya keadaan di Pasir Gudang berada dalam situasi tidak terkawal berikutan musibah yang melanda Sungai Kim Kim itu.
"Bencana ini bukannya macam banjir di mana kita boleh bawa mangsa banjir ke dewan dan beri mereka bekalan makanan dan perlindungan.
"Bagi bencana ini, bahan beracun itu diterbangkan angin daripada sumbernya melalui udara dan ini sangat bahaya.
"Kita jangan pandang ringan dan saya tidak mahu peristiwa Bhopal di India berlaku di kawasan saya di Pasir Gudang, di tanah air kita," tegasnya apabila membahas usul tergempar di Dewan Rakyat berkenaan bencana Sungai Kim Kim hari ini. Usul tergempar tersebut yang mula dibahaskan pada pukul 4:30 petang, akan bersambung pada Isnin pagi.
Topic Berkaitan
#Dewan Rakyat
#Hassan Karim
#Pasir Gudang
#pencemaran sungai kim kim
#Sungai Kim Kim
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan