awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
[TERKINI] “Saya tidak mempunyai sebarang pegangan saham lagi” – Azam Baki
[TERKINI] Isu pemilikan saham: Azam Baki akan hantar surat tuntutan kepada Bloomberg esok
Kerajaan Selangor teliti aduan Orang Asli Pulau Carey berkait projek Westports 2
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Suntikan vaksin COVID-19: Hampir tiga juta telah daftar menerusi MySejahtera

Bernama
Bernama
07/03/2021
04:24 MYT
Suntikan vaksin COVID-19: Hampir tiga juta telah daftar menerusi MySejahtera
Pendaftaran melalui aplikasi MySejahtera merupakan antara lima kaedah pendaftaran yang disediakan kerajaan untuk orang ramai mendapatkan suntikan vaksin COVID-19 dalam negara.
KUALA LUMPUR: Seramai 2,990,577 individu telah mendaftar untuk menerima suntikan vaksin COVID-19 menerusi aplikasi MySejahtera setakat pukul 8.00 pagi ini.
Ketua Pengarah Kesihatan Tan Sri Dr Noor Hisham Abdulllah menerusi infografik di Twitter rasmi beliau pagi ini memaklumkan sejak pendaftaran vaksin COVID-19 di bawah Program Imunisasi COVID-19 Kebangsaan dibuka pada 24 Feb lepas, Selangor mencatatkan pendaftaran tertinggi seramai 991,181.
Ia diikuti dengan Johor 335,537 individu, Kuala Lumpur (292,983) dan Sarawak 240,630.
Sementara itu, Dr Noor Hisham turut memaklumkan seramai 127,608 telah menerima dos pertama vaksin COVID-19 di seluruh negara, setakat 6 Mac.
Memperincikan pecahan jumlah penerima vaksin dos pertama tertinggi mengikut negeri, Sarawak mencatatkan 18,034 penerima, diikuti Pahang (13,830), Selangor (11,982) dan Kuala Lumpur seramai 11,266.
BACA: Vaksin COVID-19: Lebih 127,000 sudah terima suntikan dos pertama - Dr Adham Baba
Perkembangan terkini laporan harian pemberian dos pertama vaksin Covid-19 mengikut negeri dan jumlah kumulatif pendaftaran vaksin Covid-19 dalam mysejahtera sehingga jam 8 pagi 7hb March 2021. Lindung diri, lindung semua pic.twitter.com/6lu2D9DC5U
— Noor Hisham Abdullah (@DGHisham) March 7, 2021
Pendaftaran melalui aplikasi MySejahtera merupakan antara lima kaedah pendaftaran yang disediakan kerajaan untuk orang ramai mendapatkan suntikan vaksin COVID-19 dalam negara.
Selain aplikasi MySejahtera, satu lagi kaedah secara dalam talian ialah melalui laman sesawang khas www.vaksincovid.gov.my manakala bagi pendaftaran secara manual, orang ramai boleh mendaftar dengan menghubungi talian hotline (akan dimaklumkan kemudian), hadir di fasiliti klinik kesihatan awam dan swasta atau menerusi program bantuan bagi penduduk di kawasan luar bandar dan pedalaman.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#Twitter
#vaksin
#Program Imunisasi COVID-19 Kebangsaan
#COVID-19
#infografik
#kesihatan
#kerajaan
#Noor Hisham Abdulllah
#suntikan
#pendaftaran
#MySejahtera
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan