awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Konflik Asia Barat Pencarian juruterbang jet pejuang yang hilang ujian terbesar buat Amerika
Konflik Asia Barat: Suku kaum Iran cari juruterbang jet pejuang Amerika yang hilang di kawasan terpencil
Dua pelajar IPG lemas berkayak di Pantai Merdeka
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Super Schools Rugby: 16 pasukan terbaik berentap rebut gelaran

Stadium Astro
Stadium Astro
08/03/2026
11:16 MYT
Super Schools Rugby: 16 pasukan terbaik berentap rebut gelaran
Shahrizin, berkata edisi tahun ini menyaksikan struktur pertandingan terus diperkasakan dengan penyertaan lebih banyak pasukan. - Gambar Stadium ASTRO
Bahang saingan Super Schools Rugby (SSR) semakin dapat dirasai apabila kejohanan ragbi sekolah paling berprestij itu terus mengukuhkan pengaruhnya sebagai antara platform pembangunan ragbi terbesar di negara ini.
Sejak lebih sedekad diperkenalkan, SSR bukan sahaja berjaya melahirkan bakat muda yang berpotensi menyarung jersi skuad kebangsaan, malah turut membentuk sahsiah pelajar melalui disiplin dan nilai yang diterapkan.
Pengarah kejohanan SSR, Shahrizin Shaharudin, berkata edisi tahun ini menyaksikan struktur pertandingan terus diperkasakan dengan penyertaan lebih banyak pasukan.
“Tahun ini kita ada 16 pasukan untuk kategori premier yang menampilkan semua pasukan terbaik musim lalu.
"Selain itu, terdapat lapan pasukan dalam kategori Challenger dan juara kategori ini berpeluang untuk naik ke kategori Premier,” katanya.
Menurutnya lagi, jumlah pasukan dalam kategori akademi turut ditambah bagi memberi peluang kepada lebih ramai bakat muda untuk beraksi.
“Tahun ini kita tambah pasukan untuk kategori akademi kepada 16 pasukan.
“Ada banyak pemain ragbi yang sekolah mereka tidak menyertai SSR, jadi mereka menggunakan platform kelab ini untuk tetap beraksi dalam kejohanan SSR ini,” jelasnya.
Tambah Shahrizin, penganjuran kejohanan seperti SSR ini dilihat membuka ruang kepada sekolah-sekolah terlibat untuk menitikberatkan keseimbangan antara akademik dan sukan.
“Ada sekolah yang menetapkan tahap akademik tertentu yang perlu dicapai sebelum pemain dibenarkan menyertai kejohanan ini,” katanya.
Beliau juga berkata aspek disiplin pemain dilihat semakin baik apabila ia dijadikan syarat utama untuk beraksi di SSR.
“Isu disiplin semakin berkurangan apabila perkara tersebut dijadikan prasyarat kepada setiap pemain yang mahu bermain dalam SSR.
“Kita sudah menetapkan penanda aras tertentu untuk kejohanan ini,” katanya lagi.
Penjenamaan SSR juga dilihat semakin kukuh apabila kejohanan itu berjaya menarik minat pelajar daripada pelbagai latar belakang untuk terus menceburi sukan ragbi.
Malah, maklum balas daripada kelab yang menyertai edisi terdahulu menunjukkan penglibatan dalam SSR memberi pulangan positif apabila jumlah keahlian kelab semakin bertambah sebaik sahaja mereka beraksi dalam kejohanan ini. - Stadium ASTRO
Topic Berkaitan
#akademi
#Ragbi
#sahsiah pelajar
#edisi terdahulu
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan