awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Konflik Asia Barat: Iran sahkah ketua perisikan IRGC terbunuh dalam serangan AS-Israel
Konflik Asia Barat: Iran dakwa lancar serangan dron ke atas tentera AS di Pulau Bubiyan, Kuwait
Konflik Asia Barat: Ops Tiris 4.0 bongkar 155 kes ketirisan subsidi, RM2.1 juta diesel dirampas
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

'Superman' kena tahan

Adie Sufian Zulkefli
Adie Sufian Zulkefli
26/12/2021
13:12 MYT
'Superman' kena tahan
Polis mendapati perbuatan itu dilakukan di Kilometer 46 Lebuhraya Utara Selatan (arah Selatan). - Gambar/ PDRM
ALOR SETAR: Tindakan seorang lelaki menunggang motosikal dengan aksi “Superman” mengundang padah apabila gelagatnya dirakam pengguna lebuh raya sebelum rakaman itu sampai kepada polis.
Ketua Polis Daerah Kota Setar, Asisten Komisioner Ahmad Shukri Mat Akhir berkata, video berdurasi 41 saat itu diterima polis pada jam 1.50 tengah hari, Jumaat lalu.
Ekoran itu sepasukan pegawai dan anggota Bahagian Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik (BSPT) Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kota Setar melakukan siasatan dan mendapati perbuatan itu dilakukan di Kilometer 46 Lebuhraya Utara Selatan (arah Selatan).
"Dengan kerjasama Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik (JSPT) Perak Lelaki berusia 19 tahun berjaya ditahan jam 6 petang pada hari sama.
"Lelaki itu kemudiannya dibawa ke IPD Kota Setar untuk tindakan lanjut," katanya ketika dihubungi Astro AWANI, hari ini.
Ahmad Shukri berkata, kes disiasat mengikut Seksyen 42 Akta Pengangkutan Jalan (APJ) 1987 yang memperuntukkan hukuman penjara tidak lebih lima tahun dan denda tidak kurang RM5,000 dan tidak lebih RM15,000.
"Hasil ujian saringan awal air kencing terhadapnya mendapati dia bebas dari pengaruh dadah.
"Penunggang motosikal itu direman empat hari bermula semalam sehingga 28 Disember ini untuk membantu siasatan," katanya.
Topic Berkaitan
#superman
#Lebuh Raya PLUS
#Kedah
#polis tahan superman
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan