awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Turkiye henti eksport ayam itik untuk stabilkan pasaran domestik
Angka korban bangunan runtuh di utara Lubnan meningkat kepada 14 orang
Projek pembangunan landskap di KLIA siap enam bulan lagi - Nga
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Surat pemakluman pelaksanaan SARA dihantar kepada semua penerima - ICU JPM

Bernama
Bernama
26/11/2025
15:00 MYT
Surat pemakluman pelaksanaan SARA dihantar kepada semua penerima - ICU JPM
Menurut ICU JPM, segala penambahbaikan seperti peluasan kategori barangan dan kedai serta pasar raya terlibat akan terus dilaksana demi memastikan kesejahteraan rakyat sentiasa diutamakan. - Foto hiasan/BERNAMA
KUALA LUMPUR: Unit Penyelarasan Pelaksanaan (ICU) Jabatan Perdana Menteri (JPM) menjelaskan surat berkaitan Sumbangan Asas Rahmah (SARA) sedang dihantar secara berperingkat kepada 5.4 juta penerima di seluruh negara bagi memastikan mereka tahu layak menerima bantuan yang disediakan Kerajaan MADANI.
Unit Komunikasi Korporat ICU JPM dalam kenyataan hari ini memaklumkan ia usaha kerajaan untuk memastikan mereka yang benar-benar layak dapat menikmati manfaat SARA yang bertujuan meringankan bebanan kos sara hidup mereka.
"Kami mengambil maklum isu berkaitan surat diterima penerima SARA. Di bawah Kerajaan MADANI, peruntukan SARA berjumlah RM5 bilion disediakan kepada 5.4 juta penerima SARA seluruh negara.
"Sehubungan itu, kerajaan melaksanakan proses pemakluman pelaksanaan program SARA seperti Sumbangan Tunai Rahmah (STR) yang dilaksanakan setiap tahun bagi memastikan bantuan benar-benar sampai kepada golongan rentan," menurut kenyataan itu.
Kenyataan itu menyebut kerajaan akan terus menambah baik pelaksanaan SARA dari semasa ke semasa agar setiap bantuan bukan sahaja meringankan beban, malah benar-benar memberi makna dalam kehidupan penerima.
Menurut ICU JPM, segala penambahbaikan seperti peluasan kategori barangan dan kedai serta pasar raya terlibat akan terus dilaksana demi memastikan kesejahteraan rakyat sentiasa diutamakan.
Tular di media sosial berhubung surat berkenaan yang didakwa cubaan memancing undi rakyat Sabah menjelang Pilihan Raya Negeri pada Sabtu ini.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#Unit Penyelarasan Pelaksanaan
#ICU JPM
#Sumbangan Asas Rahmah SARA
#surat pemakluman
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan