awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Mohd Ismail angkat sumpah ADUN Lamag
Pesta pantun HAWANA-DBP 2026 pelawa penyertaan warga media
EKSKLUSIF: JSPT cadang 'dashcam' diwajibkan, pemberi maklumat diberi merit termasuk diskaun saman
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Suri rumah didakwa bunuh suami

Bernama
Bernama
24/02/2025
07:05 MYT
Suri rumah didakwa bunuh suami
Tiada pengakuan direkodkan daripada Hew Pit Lee, 59, berikutan kes berkenaan di bawah bidang kuasa Mahkamah Tinggi. - Gambar hiasan
KAJANG: Seorang suri rumah didakwa di Mahkamah Majistret di sini hari ini atas pertuduhan membunuh suaminya dengan menikam mangsa di sebuah pangsapuri dekat sini, minggu lepas.
Tiada pengakuan direkodkan daripada Hew Pit Lee, 59, berikutan kes berkenaan di bawah bidang kuasa Mahkamah Tinggi.
Ketika pertuduhan dibacakan terhadapnya , wanita itu hanya memandang ke bawah dan terpaksa dipanggil beberapa kali oleh jurubahasa, namun tidak memberikan sebarang respons.
Hew didakwa membunuh Wong Chee Min, 61, di sebuah pangsapuri di Kajang, Semenyih di sini antara 10.30 hingga 11 pagi 16 Feb lepas, mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan yang membawa hukuman mati atau penjara tidak kurang 30 tahun dan tidak lebih 40 tahun serta sebat tidak kurang 12 kali, jika sabit kesalahan.
Majistret Fatin Dayana Jalil kemudiannya menetapkan 17 April untuk sebutan semula kes.
Pendakwaan dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya Norfarhanim Abdul Halim manakala tertuduh tidak diwakili peguam.
Pada 17 Feb, media melaporkan seorang wanita menikam suaminya sehingga mati dalam kejadian di hadapan sebuah pangsapuri di kawasan Kajang akibat perselisihan faham.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#bunuh suami
#suri rumah didakwa membunuh
#menikam suami
#pangsapuri di Kajang
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan