awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Hamzah lepas jawatan Ketua Pembangkang, PN bakal umum pengganti
Iran keluar amaran berhubung Selat Hormuz selepas Trump umum rancangan sekatan laut
Tragedi pelajar maut di Kota Bharu perlu jadi iktibar, elak kecuaian - PM Anwar
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Suruhanjaya Reid enggan masukkan kuasa besar Majlis Raja-Raja - Shamrahayu

Astro Awani
Astro Awani
28/01/2024
11:57 MYT
Suruhanjaya Reid enggan masukkan kuasa besar Majlis Raja-Raja - Shamrahayu
Shamrahayu menjelaskan, sebelum kemerdekaan peranan yang dimainkan oleh Yang di-Pertuan Agong dikuasai oleh Pesuruhjaya Tinggi British. - Gambar fail/Bernama
KUALA LUMPUR: Suruhanjaya Reid (suruhanjaya bebas untuk merangka perlembagaan) pada mulanya telah melanggar perjanjian yang dibuat dengan Raja-Raja Melayu ketika menggubal Perlembagaan Persekutuan dengan enggan memasukkan peranan khusus Majlis Raja-Raja.
Menurut Pensyarah Kuliyyah Undang-Udang Ahmad Ibrahim, Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM), Prof Datuk Shamrahayu Ab Aziz, peruntukan khusus berkaitan Majlis Raja-Raja ini merupakan perkara yang ditegas oleh Raja-Raja Melayu kepada Suruhanjaya Reid.
Shamrahayu memaklumkan, Suruhanjaya Reid enggan memasukkan kuasa besar kepada Majlis Raja-Raja dalam membincangkan polisi atau dasar negara.
"Apa yang kita dapat lihat dalam gubalan perlembagaan atau sejarah gubalan perlembagaan, Raja-Raja menegaskan kepada Suruhanjaya Reid supaya dimasukkan peruntukan khusus berkaitan Majlis Raja-Raja.
"Majlis Raja-Raja ini satu perkara harus dilihat dengan mata hati atau penghayatan yang sangat tinggi.
"Oleh kerana British tidak memenuhi permintaan Raja-Raja Melayu selepas penubuhan negeri-negeri Melayu Bersekutu, maka tertubuh Durbar (Persidangan Raja-Raja Melayu) pada awalnya dan kemudiannya diiktiraf oleh undang-undang secara ringkasnya saya sebut di bawah perkara 67 hingga 76 pada Perjanjian Tanah Melayu 1948.
"Kewujudan itu telah memberikan kelangsungan kepada kedudukan institusi Majlis Raja-Raja pada kita merdeka.
"Pada mulanya Suruhanjaya Reid tidak mahu meletakkan satu peruntukan khusus kuasa yang besar kepada Majlis Raja-Raja terutama dalam konteks peranan raja-raja untuk membincangkan polisi-polisi atau dasar," katanya kepada Astro AWANI.
Beliau menjelaskan, sebelum kemerdekaan peranan yang dimainkan oleh Yang di-Pertuan Agong dikuasai oleh Pesuruhjaya Tinggi British.
"Kalau kita lihat dari segi sejarah ialah institusi Yang di-Pertuan Agong ini telah dimasukkan sempena kemerdekaan.
"Sebelum kemerdekaan, kuasa-kuasa yang ada pada Yang di-Pertuan Agong adalah berada pada Pesuruhjaya Tinggi British.
"Dalam perbincangan itu, Raja-Raja yang sembilan itu mahukan supaya Tanah Melayu ketika itu hendaklah dinaungi oleh seorang Raja, bagi negeri-negeri yang tidak beraja itu harus menerima institusi Yang di-Pertuan Agong," katanya lagi.
Shamrahayu juga memaklumkan institusi Majlis Raja-Raja memainkan peranan penting dalam sistem penggiliran Yang di-Pertuan Agong.
Beliau juga menjelaskan penggiliran Yang di-Pertuan Agong itu juga tanda muafakat Majlis Raja-Raja yang harus menjadi panduan kepada pemimpin politik.
Topic Berkaitan
#Majlis Raja-Raja
#Perlembagaan Persekutuan
#Suruhanjaya Reid
#KUASA
#Muafakat
#Yang di-Pertuan Agong
#Shamrahayu Ab Aziz
#Pakar Perlembagaan
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan