awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
48 kedai musnah dalam kebakaran di Pasar Chatuchak
Malaysia runding terma MoU tarif Amerika Syarikat - Mohamad Hasan
SPRM reman dua penjawat awam bantu siasatan tuntutan palsu RM114,000
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Suspek berusia 32 tahun ditahan berhubung penculikan pastor

Bernama
Bernama
09/03/2017
22:00 MYT
Suspek berusia 32 tahun ditahan berhubung penculikan pastor
Suspek turut disiasat di bawah Seksyen 385 kanun sama kerana pemerasan. - Gambar hiasan
Polis menahan seorang lelaki berusia 32 tahun bagi membantu siasatan kes kehilangan seorang pastor yang dipercayai diculik di Jalan Bahagia, Petaling Jaya bulan lepas.
Ketua Polis Selangor Datuk Seri Abdul Samah Mat ketika mengesahkan penahanan itu, berkata lelaki tersebut ditahan kira-kira 3.30 pagi Khamis di Ampang, Selangor hasil maklumat dan kerjasama keluarga mangsa.
"Suspek telah menghubungi anggota keluarga mangsa sehari sebelum tangkapan dibuat dan meminta sejumlah wang untuk pembebasan paderi tersebut," katanya kepada media menerusi aplikasi WhatsApp.
Beliau berkata suspek kini ditahan reman empat hari bagi membantu siasatan menurut Seksyen 365 Kanun Keseksaan iaitu dengan niat menculik atau melarikan secara paksa.
Suspek turut disiasat di bawah Seksyen 385 kanun sama kerana pemerasan.
Media sebelum ini melaporkan pastor berusia 62 tahun itu dipercayai diculik oleh sekumpulan lelaki bertopeng pada 13 Feb lalu.
Laporan turut menyebut pastor itu kali terakhir dilihat memandu kereta jenis Honda Accord seorang diri sebelum kejadian.
--BERNAMA
Topic Berkaitan
#Ampang
#mangsa
#pastor
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan