awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Tuntutan palsu tiket penerbangan RM1.3 juta: Empat pegawai badan berkanun ditahan
Ringgit dibuka mengukuh berbanding dolar AS
Syarikat perlombongan Kanada sahkan pekerja diculik ditemui mati di Mexico
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Suspek curi kenderaan cuba rempuh, polis lepas dua das tembakan

Junaidi Ladjana
Junaidi Ladjana
11/04/2021
13:18 MYT
Suspek curi kenderaan cuba rempuh, polis lepas dua das tembakan
Dalam kejadian jam 6.30 pagi itu, anggota polis terbabit terpaksa melepaskan tembakan untuk mempertahankan diri, namun suspek sempat meloloskan diri.
KOTA KINABALU: Polis terpaksa melepaskan dua das tembakan ke arah sebuah pacuan empat roda dinaiki dua lelaki dipercayai terbabit kes curi kenderaan yang cuba melanggar anggota di Kampung Dambai, Papar pada Ahad.
Dalam kejadian jam 6.30 pagi itu, anggota polis terbabit terpaksa melepaskan tembakan untuk mempertahankan diri, namun suspek sempat meloloskan diri.
Difahamkan, polis menerima maklumat berhubung kejadian kes curi kenderaan di Taman Bukit Sepanggar, Kota Kinabalu, jam 5 pagi, sebelum dua anggota dihantar ke lokasi kejadian.
Sumber memberitahu, dua anggota itu kemudian mengesan kenderaan disyaki dicuri berhenti di tepi jalan sebelum meminta pemandu dan penumpang turun.
"Bagaimanapun, suspek bertindak agresif dan cuba merempuh seorang anggota polis. Dalam keadaan cemas dan cuba melindungi diri, anggota itu terpaksa melepaskan dua das tembakan di bahagian belakang kenderaan itu.
"Suspek kemudian memecut ke arah Jalan Uku Bogok dan anggota terbabit mengekori mereka sebelum kenderaan itu ditemui di tepi jalan dengan kedua-dua suspek sudah melarikan diri," katanya.
Pesuruhjaya Polis Sabah, Datuk Hazani Ghazali, ketika dihubungi mengesahkan kejadian itu dan berkata siasatan lanjut sedang dijalankan termasuk mengesan kedua-dua suspek terbabit.
Topic Berkaitan
#polis
#tembakan
#suspek curi kenderaan
#Papar
#pacuan empat roda
#rempuh polis
#melarikan diri
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan