awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Konflik Asia Barat: Trump beri amaran kepada Iran, berhenti caj kapal di Selat Hormuz
Konflik Asia Barat: Ketua Majlis Strategik Iran meninggal dunia akibat serangan AS–Israel
Melania Trump nafi dakwaan hubungan dengan Epstein, desak pendengaran Kongres
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Suspek dera anak tiri dalam video tular sudah didakwa di mahkamah - Polis

Sinar Harian
Sinar Harian
19/02/2026
10:26 MYT
Suspek dera anak tiri dalam video tular sudah didakwa di mahkamah - Polis
Tular video di media sosial memaparkan seorang lelaki bertindak memukul, menendang serta mengarahkan seorang kanak-kanak berlari berulang kali.
Seorang lelaki yang didakwa mendera anak tirinya menerusi video tular baru-baru ini telah ditahan polis dan didakwa di Mahkamah Kuala Lumpur pada 26 Disember tahun lalu.
Ketua Polis Kuala Lumpur, Datuk Fadil Marsus berkata, pihaknya mengesan satu rakaman video tular di media sosial Threads pada 19 Februari 2026 yang dimuat naik oleh pemilik akaun capricedaddycap.
Beliau berkata, video berdurasi dua minit itu memaparkan seorang lelaki bertindak memukul, mengasari dan menendang seorang kanak-kanak perempuan berusia empat tahun selain mengarahkannya berlari berulang kali.
"Semakan mendapati, pihak polis telah menerima laporan berhubung kejadian itu lebih awal iaitu pada 19 Disember 2025 jam 1.48 petang daripada seorang wanita berusia 27 tahun yang juga ibu kepada mangsa.
"Pengadu memaklumkan telah melihat beberapa rakaman video menunjukkan suspek melakukan penderaan mental dan fizikal terhadap anaknya," katanya dalam kenyataan pada Khamis.
Katanya, kejadian dipercayai berlaku di sebuah kediaman serta sekitar kawasan Setapak.
Susulan laporan diterima, katanya, satu kertas siasatan dibuka di bawah Seksyen 31(1)(a) Akta Kanak-kanak 2001.
"Pada 20 Disember 2025, pihak polis telah menahan seorang lelaki Melayu berusia 32 tahun yang merupakan suami pengadu dan ayah tiri kepada mangsa bagi membantu siasatan.
"Suspek kemudiannya telah dituduh di Mahkamah Kuala Lumpur pada 26 Disember 2025,” katanya.
Fadil berkata, orang ramai disarankan agar segera membuat laporan polis sekiranya mempunyai maklumat berkaitan kes penderaan, khususnya membabitkan kanak-kanak.
"Sebarang pertanyaan atau maklumat boleh disalurkan kepada Hotline Polis Kuala Lumpur di talian 03-2115 9999 atau mana-mana balai polis berhampiran," ujarnya.
Terdahulu, tular video di media sosial memaparkan seorang lelaki bertindak memukul, menendang serta mengarahkan seorang kanak-kanak berlari berulang kali dalam kejadian yang dipercayai berlaku di Setapak. - Sinar Harian
Topic Berkaitan
#kes dera
#dera anak tiri
#video tular
#PDRM
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan