awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
10 maut dalam insiden tembakan di sekolah Kanada
Taufan Gezani landa Madagascar, kemusnahan besar dilaporkan
Op Way: Dua pengarah urusan, seorang pengarah syarikat didakwa beri rasuah lebih RM1.28 juta
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Suspek miliki sembilan rekod jenayah ditahan polis

Dewi Nur Harasha Alias
Dewi Nur Harasha Alias
04/12/2018
02:27 MYT
Suspek miliki sembilan rekod jenayah ditahan polis
Suspek turut melanggar sebuah motosikal dan kereta ketika dikejar pihak polis sebelum melarikan diri.
Polis menahan seorang lelaki yang memiliki sembilan rekod jenayah termasuk dipercayai suspek kes rogol gadis bawah umur di Lebuh Raya Jelutong, Pulau Pinang semalam.
Bagaimanapun, polis terpaksa melepaskan tembakan ke arah tayar kereta yang dinaiki suspek selepas lelaki berusia 29 tahun itu bertindak memecut kenderaannya ketika ditahan dalam kejadian kira-kira jam 9.30 malam Isnin.
Menurut Ketua Polis Daerah Timur Laut, Asisten Komisioner Che Zaimani Che Awang, suspek turut melanggar sebuah motosikal dan kereta ketika dikejar pihak polis sebelum melarikan diri.
Che Zaimani berkata, mengikut rekod, suspek mempunyai sembilan rekod jenayah iaitu tujuh membabitkan kes jenayah manakala dua lagi kesalahan berkaitan dadah.
Suspek akan direman di Mahkamah George Town hari ini untuk siasatan lanjut.
Kereta yang digunakan suspek.
Kereta yang digunakan suspek.
Topic Berkaitan
#Che Zaimani Che Awang
#Dadah
#George Town
#jenayah
#Lebuh Raya Jelutong
#mahkamah
#polis
#rogol
#suspek
#tembakan
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan