awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Penangguhan hukuman satu petanda positif, peluang Malaysia kini 50-50 - AFC
Tibi: 10 kluster baharu di tujuh negeri, Johor catat kes tertinggi
Ketegangan bidang kuasa Persekutuan-negeri seret Petronas ke tengah pertikaian undang-undang
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Suspek tikam pemilik bengkel serah diri

Abd Razak Mohd Ali
Abd Razak Mohd Ali
21/02/2022
22:40 MYT
Suspek tikam pemilik bengkel serah diri
Lokasi di mana suspek menikam pemilik bengkel motosikal di Titi Serong sebelum menyerah diri di Balai Polis Simpang Lima. -Foto tular
PARIT BUNTAR: Suspek yang dipercayai menikam seorang pemilik bengkel motosikal di Titi Serong menyerah diri di Balai Polis Simpang Lima, dekat sini, sejurus selepas melakukan perbuatan itu, pada Isnin.
Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Perak, Datuk Anuar Othman berkata, lelaki berusia 52 tahun dan merupakan seorang peniaga itu datang ke balai polis berkenaan kira-kira jam 2.25 petang semalam dan memaklumkan telah menikam seorang lelaki di sebuah kedai motosikal di Titi Serong.
Menurutnya, susulan maklumat tersebut pihaknya telah menahan suspek untuk siasatan lanjut.
Katanya, siasatan awal mendapati punca kejadian adalah kerana suspek tidak berpuas hati dan menuduh mangsa menukar beberapa komponen motosikal miliknya kira-kira tiga minggu lalu.
"Suspek dikatakan telah bertindak menikam mangsa menggunakan pisau dan mangsa disahkan meninggal dunia ketika menerima rawatan di Hospital Parit Buntar,” katanya dalam satu kenyataan.
Anuar berkata, mangsa maut disahkan sebagai Tan Hee Song, 43, dan tinggal di Nibong Tebal.
Kes diklasifikasikan sebagai bunuh dan disiasat di bawah Seksyen 302 Kanun Keseksaan.
Terdahulu tular di media sosial seorang lelaki dipercayai pemilik bengkel cedera parah selepas ditikam dengan senjata tajam oleh seorang lelaki.
Topic Berkaitan
#tikam pemilik bengkel motosikal
#Titi Serong
#suspek serah diri
#tukar komponen motosikal
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan