awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Pendirian PM Anwar berhubung serangan berterusan ke atas Iran dipuji
Konflik Asia Barat: Iran beri amaran pembalasan keras atas serangan terhadap orang awam
Konflik Asia Barat: Sekarang masa tepat 'tekan' Israel, perkukuh sokongan Palestin
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Switch 2 tampil ciri cari Joy Con 2 hilang seakan Apple Find My

Amanz
Amanz
19/05/2025
05:40 MYT
Switch 2 tampil ciri cari Joy Con 2 hilang seakan Apple Find My
Fungsi ini hanya berfungsi jika Joy Con 2 masih mempunyai bateri dan berada dalam lingkungan sambungan Bluetooth Switch 2. -Amanz
PEMILIK Nintendo Switch telah lama perlu bertabah sekiranya kehilangan Joy Con. Cari sehingga jumpa atau beli sahaja ala kawalan baharu.

Ringkasan AI
  • Joy Con 2 untuk Nintendo Switch 2 dilengkapi ciri pencarian seperti Apple Find My, membolehkan ia bergetar dan mengeluarkan bunyi apabila dicari.
  • Fungsi ini hanya berfungsi jika Joy Con 2 masih mempunyai bateri dan berada dalam lingkungan sambungan Bluetooth Switch 2.
  • Belum diketahui sama ada teknologi UWB digunakan, yang boleh meningkatkan ketepatan pencarian alat kawalan.

Tetapi pada Switch 2, alat kawalan Joy Con 2 akan bergetar dan mengeluarkan bunyi bagi memudahkan ia dicari.
Ciri mencari Joy Con 2 yang hilang ini mirip dengan ciri Apple Find My dan Google Find Hub. Ciri ini diberi nama Search for Controllers.
Apabila diaktifkan, bunyi akan dikeluarkan dan jika salah satu butang bahu Joy Con 2 ditekan, ia akan menggetarkan motor pada Joy Con 2 yang sedang dicari.
Untuk ciri ini digunakan, Joy Con 2 yang hilang perlu mempunyai bateri dan di dalam lingkungan tambatan bluetooth Switch 2. Maka proses mencari alat kawalan hilang perlu dilakukan sebelum ia kehabisan bateri.
Tiada maklumat sama ada Nintendo menggunakan teknologi UWB yang sudah disokong peranti Android dan Apple kerana ia memudahkan lagi proses mencari barangan yang hilang. -Amanz
Topic Berkaitan
#Joy Con 2
#Nintendo Switch 2
#ciri pencarian
#Apple Find My
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan